Keadaan ibu_suri kian uzur aku kira walaupun secara luarannya dia mungkin nampak ok di mata lain orang.
baru-baru ini dia terjatuh dari kerusi roda ketika hendak berpindah duduk ke katil selepas selelsai aku mandikan. Walaupun aku ampu dia setiap kali dia bangun dan hendak berpindah duduk ke katil tapi hari itu dia terkendon lutut meyebabkan rebah ke badan aku dan aku tersandar di dinding, dia jatuh ke lantai dalam keadaan kaki terlipat. Dia mengaduh ke sakitan bagai anak kecil.
Nasib baik Akhmal baru balik dari kerja. Tumpang kederat dia lah, kami ampu ibu_suri naik semula ke katil. Beratnya... Tuhan sahaja yang tahu.
Walaupun Akhmal itu sekadar anak angkat dan auratnya terhadap ibu_suri bukanlah mahram, tapi di saat kecemasan begini aku ketepikan itu semua.
Inilah antara insiden yang menghantui aku bila setiap kali dia merayu minta aku bawa dia keluar bersiar seperti sebelum ini atau lebih sedih bila tak lama lagi jadual berjumpa doktor akan tiba. Bagaimana aku nak bawa dia ke kereta atau keluar semula dari kereta ke katil. Aduhai...
Semalam dia mengadu pedih ketika buang air kecil. Aku harap ianya bukan kerana jangkitan kuman seperti yang aku pernah alami. Jika kerana jangkitan kuman, payah lah pula kerana terpaksa di rujuk ke klinik...
5 ulasan:
Berat mata yg memandang,berat lg beban yg IM terpaksa pikul..hanya Allah yg membalas jasa dan pengorbanan seorang suami
Semoga allah permudahkan segalanya buat ibu suri...
mugo dipermudahkan urusan ., aminn
Hany mampu doa dari jauh..
Moga kesihatan ibu_suri bertambah baik, aamiin..
semoga pak cik selalu diberikan kesihatan. saya bantu doa dari sini.
Catat Ulasan