Sabtu, 27 Jun 2020

Musik


Makan tengahari dan makan malam hari ini ini aku suapkan ke mulut ibu_suri. Aku tak benarkan dia bangun dan duduk kerana tahu dia akan kesakitan bila bergerak. Aku biarkan dia baring sahaja walaupun aku tahu tindakan aku ini tidak sihat untuk dirinya.

Tak sangka akhirnya ke tahap ini aku perlu menjaganya. Selama ini aku cuma dengar kisah dari orang lain sahaja.

Dari satu sudut aku fikir ibu_suri beruntung sebab ada suaminya yang setia
menjaganya dalam serba serbi. Rasanya aku telah menjaga dia sebaiknya walaupun ada juga ketika aku rasa marah, rasa jemu, rasa terkilan malah kekadang menipu dirinya untuk melepaskan diri atau tidak mahu menyusahkan hatinya.

Adik beradik dia, adik beradik aku, kawan kawan dia, kawan-kawan aku, jiran hatta anak anak aku pun mungkin tak tahu susah payah aku menjaga istriku.

Tak apalah, perlu apa sangat mereka tahu. Biarlah aku hadap sendiri.

Cuma yang aku pohon ialah aku masih berdaya untuk menjaganya. Sebab itu dalam masa yang sama aku mahu menjaga kesihatan diriku sendiri, menjaga emosi dan kawal tekanan perasaanku.

Sebab itu kalau kalian ada yang follow fb aku, aku selalunya menulis pasal lagu atau koleksi cd aku. Itulah yang menghiburkan aku. Tempat aku melampiaskan tekanan.

Aku memang gemar musik dari sekolah lagi. Ini semua diwarisi dari abah aku yang juga meminati musik. Jika aku rasa tertekan amat, aku akan drive sambil pasang volume lagu kuat-kuat.

Khabarnya, mak dan abah aku berkenalan dulu dari musik juga. 

Dan abah kau juga kalau putar piring hitam, suka pasang suara kuat-kuat. Sebab itu anak-anaknya dulu kalau tidur, suka letak bantal atas kepala ( telinga ). Kalau tak tak boleh tidur...

6 ulasan:

Syazni Rahim berkata...

Jaga diri ya

insan marhaen berkata...

InsyaAllah. Terima kasih atas ingatan...

Warisan Petani berkata...

Muzik yang sesuai dapat mententeramkan jiwa

insan marhaen berkata...

Saya suka dengar nasyid
lagu lagu puisi dan kemasyarakatn

Suria Amanda berkata...

Harap IM jaga diri juga..

mamapp berkata...

Besar pengorbanan im kepada ibu Suri.. sgt beruntung ibu Suri Ada suami begini