Dah lama aku tak balik kampung tengok mak. Lama sejak sebelum pkp lagi rasanya. Keterbatasan pergerakan ibu_suri buat ia jadi begitu. Alasan?
Aku rindu nak balik kampung. Rasa bersalah tak jenguk mak. Aku tahu mak mesti tertanya-tanya.
Aku anak sulong. Tentu saja kenangan dan ingatan mak terhadap aku lebih berbanding adik adik lain walaupun pada hakikatnya aku tidak ada apa-apa sangat jasa atau balas budi baik mak selama ini.
Aku tahu kerana aku juga punya anak sulong yang jarang-jarang balik seperti mana anak sulong aku yang jarang jarang balik jenguk kami berdua ini. Mungkin susah dapat cutu atau kekurangan bajet.
Kekadang mau saja aku curi balik. Minta cuti pada bos satu hari dan senyap senyap 'lari' ke kampung. tanpa pengetahuan ibu_suri. Petangnya aku balik la ke sini.
Entahlah!
7 ulasan:
Agaknya kalau plan tu menjadi, mesti seronok kan hehe
semoga tetap dikuatkan pak cik..
Selagi orang tua kita masih ada
seringlah jenguk2 mereka.
Doa2 mereka akan memudahkan urusah hidup seharian kita.
Setuju dgn wak, sesibuk mana pun urusan dgn ibu suri tu, kena sempatkan juga menjenguk mak sendiri, dapatkan doa mak, minta dipermudahkan urusan seharian kita. Untung masih ada mak.
Selepas ibu meninggal dunia, istilah balik kampung sudah kian pudar . Rasa tergamit memori .
Saya ni kalau blk kg pun...cuma jenguk pusara aku ayah bonda ja...
Tanggungjawab seorang anak adalah juga kpd ibu bapanya.. berkhidmat kepada mereka selagi mereka bernyawa
Catat Ulasan