Salam,
Lama aku tak mengetuk biji-biji huruf komputer ini. Bukan tak ingat. Bukan tak rindu. Akan tetapi peluang, masa dan rasa hati hendak menulis itu selalu terganggu.
Kesihatan ibu_suri sekarang bagi firasat aku agak membingbangkan.
Bukan sahaja dia sekarang ini sudah tidak boleh lagi ke hospitak untuk temujanji, malah untuk berkerusi roda mandi di dapur pun sudah tidak boleh. Sejak Julai lalu dia hanya duduk dan baring di katil. Makan, minum dan bersihkan badan di katil.
Tilam katil itu kiranya sampai naik lekuk di tengah dek lama dan beratnya dia.
Memang membimbangkan.
Aku dah berbincang dengan doktor baik doktor pakar di MOPD, Hospital Bukit Mertajam atau doktor pakar psikiatrik di Jabatan Kesihatan Mental, Hospital Pulau Pinang. Mereka pun tiada solusi lain selain meminta aku usahakan untuk di bawa kepada mereka. Tapi bagi doktor pakar psikiatrik agak bernasib baik juga, dia masih memberi keringanan mendapatkan stok ubat untuk 10 bulan akan datang.
Desah nafas ibu_suri sejak seminggu dua ini agak kasar. Hempasan dadanya melepas nafas amat jelas kedengaran terutama di waktu malam hingga menggangu tidur aku, sekali sekala.
Itu menandakan paru-parunya ditakungi air dan perlua dibuang supaya tidak mengatasi ruang oksijen di dalam dada.
Seperti tahun-tahun lalu, tahun ini rasanya ibu_suri perlu membuang air dalam paru-paru. Sejak beberapa tahun lalu, memang stiap tahun rekod ibu_suri masuk wad memang ada. Pernah mencecah seminggu di katil wad.
Aku harapkan doa kalian agar ibu_suri diperlihara Allah. Aku sorang sorang saja mendepani masaalah kesihatan dan ragam ibu_suri ini. Adapaun anak-anak, jauh, berkeluarga dan bermasaalah.
Terasa sepi dan berat hidup ini...
5 ulasan:
Ya Allah, kau permudahkanlah urusan perawatan ibu_suri.
Anugerahilah keafian kepadanya
Moga apa pun kesulitan Allah SWT permudahkan.
Didoakan yang baik2 saja buat ibu suri, dan yang manjaga ibu suri
Semoga dipermudahkan urusan .
Semoga Allah SWT permudahkan segala urusan IM dan Ibu_Suri. Aamiin
Catat Ulasan