Rabu, 23 Disember 2020

Jumpa Doktor Pakar Esok...

Ya... Esok aku akan berjumpa dengan doktor pakar psikiatrik, mengadu hal ibu_suri. Tak boleh dibiarkan begini berterusan. Teruk aku. Malah mungkin akan bertambah serius jika tidak berbuat sesuatu.

Halusinasinya semakin menjadi-jadi. Tidur malam aku terganggu bila dia mesti akan menjerit jerit suruh aku bangun. Tak kiralah samada dia kebasahan kerana kencing atau paling ralat dia mengadu ternampak itu dan ini di merata dinding dan siling. 

Dia suruh aku lantik lawyer untuk saman 'mereka' semua itu sebab masuk ke biliknya atau tinggal di rumah kami 'tanpa izin'. Kalau aku tak respon pada kata-katanya itu dia akan memarahi aku kerana tak peduli kepada dia dan lebih suka makhluk itu tidur di tepi dia atau melihat dia di katil. Tak ke haru!

Lebih susah bila malam ibu_suri tak bagi buka lampu walaupun untuk menukar lampin kerana malu akan dilihat oleh 'makhluk' itu. Terpaksa aku memasang lampu suluh atau lampu talipon bimbit aku untuk melihat bila perlu. Kencing boleh tahan lagi. Kalau berak?

Cucu-cucu aku pun sampai naik takut kalau nak suruh temankan opahnya di bilik jika tanpa aku atau bapa mereka ada bersama.

Tapi aku maklum, kalau pun berjumpa doktor esok, habis kuat doktor akan tambah dos ubat. Nak tunggu kesan ubat itu samada positif atau sama jer pun makan masa juga.

Maka sementara itu aku kenalah hadap semua ini. Kadang-kadang fikir mau lari sahaja dari rumah tinggalkan sahaja dia. Buat apa menyemakkan dada, kan?

Tapi tu la...

6 ulasan:

Shida Radzuan berkata...

Allahh ibu suri..moga dipermudahkan urusan pakcim Im ya..

SukaniMusik berkata...

semoga dipermudah urusan pak cik..
saya doa dari jauh..

Warisan Petani berkata...

Semoga im tabah

Syaz Rahim berkata...

Jangan lari pakcik 😢

Umialya berkata...

Halusinasi, siannya ibu_suri..

Mungkin dah ke tahap nyanyok, sama dgn arwah ayah saya dulu, contoh selepas makan, bawa air ke sudut dinding rumah untuk basuh tangan sambil 'halau lembu'

Suria Amanda berkata...

Semoga dipermudahkan urusan dan allah kuatkan semangat IM...jangan lari...Ibu suri bukan minta dia jadi begini...