Beberapa hari ini ibu_suri asyik request aku masak nasi goreng sahaja untuk sarapannya. Tak kira siang malam. Pukul 4 pagi pun dia pernah gerak aku dari tidur kerana katanya lapar dan minta aku masakkan megi atau nai goreng. Dalam pada aku merungut-rungut pun aku bangun dan ke dapaur juga.
Tengahari ini pun dia nak aku buatkan nasi goreng untuk dia. Jadi on teh way balik dari ofis, aku singgah beli nasi dan ikan goreng masin.
Balik rumah aku ambil isi ikan masin itu dan aku gaul ke dalam nasi. Aku kena hati-hati memilih buang tulang. Kalau tersilap makan oleh ibu_suri aku juga yang akah susah nanti.
Aku tak pandai dan malas masak sebenarnya walaupun setakat telor dadar. Tapi pung pang pung pang... siap jugalah dengan berpeluh-peluh di dapur.
Yang bagusnya, habis sepinggan dibedalnya.
"Abanag tak mahu ke?" tanya dia bila nasi itu tinggal cuma lebih kirang 4 sudu. Memang macam tu la selalunya dia.
"Takk... Abang ada beli nasi lain.."
Kalau ikutkan hati, malas aku nak beli pun jauh sekali memasak.
Malam ni dia nak makan nasi dengan lauk sardin semalam.
Esok aku cadaang nak beli udang kering. Masak nasi goreng udang kering pula, ntah apa pula rasanya nanti.
11 ulasan:
Nasi goreng udang kering sudah tentunya sedap.
Banyak variasi nasi goreng pakcik IM..boleh tukar2 masak..tgk je kat youtube byk hehee :)
orang masakkan memang sedap hehe
kenapa x beli je nasi goreng kampung kat kedai mamak ke
Dia tak mahu. Nama kedai mamak lagi la dia pangkah.
Memang renyah dan pening menjaga pengidap bipolar disorder ni.
Sikap, selera dan mood berubah ubah...
alhamdulillah ibu suri masih berselera utk makan...layankan ja la IM
IM beli je perencah nasi goreng adabi tu, mcm2 jenis ada, senang nak guna time egergency
Isunya ibu_suri bukan jenis macam tu. Susah nak tentu selera dia. Cepat berubah dan tak sama macam kita yg normal ni...
Air tangan suaminya..mesti la sedap pada dia kan...
jgnla ckp beli kat kedai mamak
Sedapp nasi goreng tuu
Catat Komen