Sabtu, 14 Ogos 2021

Vaksinasi

Semalam ibu_suri terima vaksinasi pertama. Risau juga aku sebab ibu_suri ni banyak penyakitnya.

" Semua ada. Darah tinggi, kencing manis, jantung lemah, bipolar dis oder... " Jawapku bila doktor (atau pembantu doktor) bertanyakan aku perihal tahap kesihatan ibu_suri.

Janjinya nak datang pada 30hb lepas tapi tungu punya tunggu tak datang juga. 

Semalam pagi tiba tiba dapat talipon bagitau akan datang dalam masa 2 jam. Tak kelam kabut dibuatnya sebab ibu_suri tak bersedia apa apa.

"Istri saya dapat vaksin jenis apa?"

Sebenarnya aku malas nak ambil pusing jenis apa vaksin yang akan kita terima sebab kot mana pun kita kena juga cucuk tapi biasalah, anak anak dan adik beradik nanti banyak kepoh nya.

"Kalau vaksin melalui Mobile Vaccination Team ni selalunya guna Sinovek."

"Kenapa?"

"Sebab penyelenggaraannya mudah. 1 botol untuk satu jab. Kalau jenis lain boasanya satu botol untuk 2 jab."

Rigap tangan doktor dan nurse ni. Sekejap sahaja dah selesai.

Aku harap takda kesan sampingan yang akan ibu_suri alami. Renyah kalau jadi apa apa nanti. Kuat merap dia akhir akhir ini.

Letih aku!




6 ulasan:

mokja berkata...

Semoga ibusuri sihat sihat sentiasa. Alhamdulillah dah terima vaksin.

SalbiahM berkata...

Sinovac kebiasaanya side effect tak kuat, lainlah kalau Astrazaneca. Insha Allah tak apa-apa. IM dah divaksin ke? Semoga IM dan Ibu Suri sihat dan dijauhkan dari virus covid ni

Kamsiah yusoff berkata...

Saya dapat Az..alhamdulillah takda effect apa pun walaupun dh 2 minggu

Syazni Rahim berkata...

oohh dah vaksin dah, saya terlepas post ni. alhamdulillah dah selesai 1 dos vaksin ibu suri

Amie berkata...

Alhamdulillah. Yang penting sudah divaksin.

Etuza berkata...

Asalam..ziarah ke blog ini. Sentiasa bersabar dan mohon Allah mudahkan urusan apa juga ya, terutama urusan Ibu Suri..kami mendoakan teman blog ..inshaAllah