Khamis, 16 September 2021

Gelang Pink

Semalam KKM call aku supaya pergi ke Mini Stadium Bukit Mertajam untuk dipakaikan gelang pink kerana aku dianggap sebagai kontak rapat. Mujur nama Akhmal tidak disebut. Kalau Akhmal juga terpaksa memakainya makin susah aku nak hadapi keadaan ini. Akhmal baru saja nak stabil kerjanya.

Berasa seperti akan memasuki gerbang dunia baharu. 

Dah lama aku tak ke stadium ini. Dulu semasa ibu_suri masih boleh berjalan, aku kerap bersama dia ke sini untuk riadah sementara ibu_ suri tunggu di kereta. Habis riadah kami akan pergi makan; selalunya di restoran Anggerik Desa di Seberang Jaya.

Rupanya banyak kereta beratur menunggu giliran bila aku sampai jam 9 pagi. Boleh bayangkan kalau setiap hari macam ni maknanya kes Covid di Penang entah bila akan turun. Ini baru satu pusat swab test dan pemakaian gelang.


Setelah dapat gelang punk aku ters sahaja balik ke rumah.

Bermulalah kehidupan baru yang sebelum ini aku hanya membaca kisah orang di fb atau laman web.

Gelang ini sebenarnya merimaskan...




2 ulasan:

Warisan Petani berkata...

Selamat menjalani kuarantin di rumah
Semoga negatif daripada jangkitan

Shida Radzuan berkata...

bertabah lah pakcik IM..terus jalani kuarantin ya..moga negetif pakcik..