Khamis, 25 November 2021

Keikhlasan...

Menonton video ustaz Samsuri Ahmad ini, aku berani mengatakan bahawa aku telah cukup ikhlas mengahwini istriku dan setia hingga keakhir hayatnya walaupun terpaksa meniti pelbagai keperitan jiwa raga.

Banyak yang telah aku rakamkan kisah pahit manis perasaanku selama bersama ibu_suri tetapi lebih banyak yang cuma aku sahaja yang tahu dan simpan kemas kemas jauh ke lubuk hatiku tanpa sesiapa pun tahu melainkan Tuhan yang Esa.

Hari ini walaupun ibu_suri telah tiada, yang mungkin secara fizikalnya beban yang aku pikul dalam menjaganya sudah tiada, pergi bersama dia tetapi dia meninggalkan aku rasa sepi dan kesaorangan.

Bila aku rasa rindu aku ziarah pusaranya. Walaupun aku rasa sebak tapi aku cuba menahan kerana tidak mahu menangis di sisinya.

Aku tidak mahu mengadu akan kesunyian yang aku tanggung tetapi berdoa muga kuburnya diluaskan dan disinari cahaya oleh Allah.

Aku cuba melapangkan dadaku melepaskan dia pergi...


Foto ini kuambil semasa menziarahinya semalam...



Kesunyian dan kesepian ini tidak dapat di hilangkan walaupun oleh anak dan cucuku.

Benarlah kata blogger Mama Moden:

Isteri yang kematian suami masih boleh hidup sendiri tetapi suami yang kematian istri akan mengalami ketidaktentuan.

Ramai kawan kawan malah mak aku sendiri menyuruh aku mencari pengganti namun buat masa ini aku rasa biarlah aku sendirian.

Aku pernah memberitahu ibu_suri bahawa jika dia tiada lagi aku cuba untuk tidak mencari pengganti.

Apapun, aku masih berlapik kata... itu hanya Tuhan yang menentukan!

5 ulasan:

Ammi berkata...

Bersabarlah.. IM sedang berada dalam fasa rindu ni.

Ammi hilang ibu 26/7/21..begitulah rasanya. Sepi yg tak tau nak ungkap macam mana padahal hidup dikelilingi suami dan anak2.

Sekarang alhamdulillah setelah 4 bulan dah agak ok.. Cuma ada masa2 mengalir juga airmata

ازمير شهار ~ azmer berkata...

Kepergian insan yg terapat memang memedihkan namun bagi yg hidup harus tabah dan iringilah doa kpdnya tanpa henti. Semoga IM tabah dan diberikan kekuatan..

Suria Amanda berkata...

SA x tau nak kata apa...apa yang SA boleh katakan..sabar la...insyaallah fasa ini akan berakhir...semoga Ibu Suri tenang di sana...amin...

mrhanafi.com berkata...

harap tuan bersabar dan terus reda,,

tiada yang kekal dalam hidup ini

SukaniMusik berkata...

semoga tetap di kuatkan hati pak cik..
dan kami juga dapat mengambil itibar dari semua pembelajaran ini.
benarlah, tanpa isteri denyut nadi sebuah rumah akan hilang.