Hari ini aku singgah di ofis antara lain untuk kemaskini jadual kehadiran dan pembayaran yuran BumiRintis Reading Center ( tempat aku mencari rezeki tambahan ) milik bosku di Sungai Dua. Kelas Cepat Membaca bersilibuskan teks Bacalah Anakku.
Kelas itu sahajalah yang menjadi punca pendapatan aku sekarang ini dengan elaun RM100 sebulan. Tempat kerja aku di Bandar Perda dah seperti hidup segan mati tak mahu sebab semakin tiada pendapatan. Entahlah, Terpulang pada dialah tentang nasib syarikat dia ni. Kalau ada rezeki aku, adalah gaji. Kalau tidak ada, aku kerja sukarela sahajalah.
Sekarang ini aku hidup seorang. Anak anak sudah ada hidup sendiri, ibu_suri yang telah 3 tahun pergi mendahului aku membuatkan hidup aku lebih simple sekarang. Ada rezeki makanlah aku. Kalau takada, minum kopi dan makan biskut sahajalah ( pernah berlaku begitu ). Aku pasrah sahaja kepada Tuhan. Asalkan aku tidak sakit, masih siuman dan boleh bergerak sendiri....syukurlah.
Aku pun dah lama tak join rakan rakan jemaah ( sejak Covid ). Lebih banyak sendirian di rumah.
Aku juga jarang balik kampung sebab kereta dah tak berapa ok untuk jalan jauh. Dah tak rajin buat maintenance macam dulu. Inipun, stereng rasa gegar bila bawa laju sikit. Tak ada duit, diam sajalah.
Aku harap aku akan hidup tanpa menyusahkan anak anak aku. Biarlah ibu_suri sahaja yang di hujung hayatnya terlantar di katil dengan hanya aku yang susah senang menjaganya.
Ya...sejak 2008 bila ibu_suri disahkan menghidap bipolar disorder, aku menjaga dan melayan kerenahnya sehingga;ah 2019 bila Covid19 melanda, dia terlantar sahaja di katil hingga akhir hayat.
Walau elok walau buruk istiku itu, aku terasa akan kehilangannya walaupun sekarang aku tidak perlu susah susah lagi mental dan fizikal.
Muga Allah tempatkan sidia di kalangan orang orang yang baik. Muga juga 'pergi 'nya aku nanti tidak menyusahkan anak anakku...
2 ulasan:
Insyaallah, semoga semuanya baik2 sahaja.
amin.. ntah kenapa sedih pulak membacanya..
Catat Ulasan