Aku baru saja berjumpa selepas setahun lebih tidak buat rutin medical checkup. Nasib baiklah doktor petempuan benggali ini baik pendekatannya. Sejuk hatiku mendengar penerangannya tentang status kesihatanku dan nasihatnya.
Aku ingin mulakan hidup baru dengan patuh menjalani rawatan kesihatan; makan ubat, jaga makan dan minum; mencuba sokongan lain seperti minum minyak zaiton dan teh bunga ratu pari walaupun riadah dan jaga stress mungkin susah nak amal.
'Saya memang selalu stress doktor sebab jaga istri saya yang bi polar, ' aduku walaupun doktor tidak pun bertanya.
Aku minta doktor jangan tambah ubat walaupun paras gula naik sedikit (7.6) dan bp aku agak tinggi (147/87).
'Saya try jaga minum' aku seperti berjanji sedang dalam kepala aku masih terbayang teh paket yang dah 3 hari tak ku sentuh sebab nak jumpa doktor, rindunya bukan kepalang.
Apapun aku cuba, biar jatuh akan bangun.
Aku terpaksa reda dengan usia, tahap kesihatan dan kederat aku yang tak seberapa sekarang. Aku dah masuk gerbang warga emas.
Ubat pun dah berderet macam koleksi kaset dan cd aku dalam almari...
2 ulasan:
Mudah2an dikurniai keafiatan yang berpanjangan
mama doakan semoga sentiasa sihat ye
Catat Ulasan