Jumaat, 6 Januari 2023

Bukan Kerna Nama

Aku perasan, terkini dalam senarai bloglist, 80% darinya adalah bloggersnita. Mungkin sekitar 20% sahaja adalah bloggerspria.

Maka yang selalu tinggalkan komen dalam setiap entri blog aku juga begitulah statistiknya. Ramai nita dari pria.

Ramai pria gantung keyboard agaknya. Lebih kepada sosial media. Nita pula lebih suka menulis pasal masakan atau hal-hal anak cucu. Lebih santai dan ringan.

Rakan-rakan aku seperti blogger Jendela Hati, Warna Nostalgia, Habuna Trading, Abuzorief, Ujang Kutik dan beberapa nama lagi sudah semakin sepi. Alasan mereka samada sudah malas menulis, sibuk dari nak mengadap laptop, ilham dah tumpul atau jari dah 'keras'.

Tak mengapalah. Tinggal yang otai beberapa kerat ni pun kira ok lah. Nak join blogger yang muda-muda pun citarasa dan stail menulis tak berapa nak matching.

Apapun semuga dunia blogging masih ada di alam maya. Kalau ditakdirkan tinggal aku sorang je yang menulis pun tak mengapalah.

Bak kata Ramli Sarip... aku menulis bukan kerna nama!

4 ulasan:

Warisan Petani berkata...

Kita serupa

mamapp berkata...

bloggernita ni rajin2 nak buat macm mana kan.. lagi la geng supermak sekelian haha.. tapi hakikatnya mama sendiri pun ada mood juga kadang rajin kadang tak hihi

Rozita Ceritaita berkata...

ramai dah berhimpun di tiktok baik lelaki baik perempuannya..

Wak Lat berkata...

salam bang I'm.. semoga sehat senantiasa.. aminn. biasanya kalo org komen blog kita akan komen balik.. tp kalo kita je yg komen xbest jugak kann. hehe
Blog bukanlah hakmilik kekal. 😅