Selasa, 10 Januari 2023

Dunia Ana Yang Punya...

Teringin nak balik kampung selalu sementelah mak masih ada. Tapi, tu la...kereta pula tak berapa tip top kondisinya. Ada masaalah pada stereng bila belok kiri atau kanan dan pabila bawa laju. Gaji ntah bila dapat. Kalau tak, boleh juga aku bawa kedai atau Perodua untuk di selenggara.

Tak mahulah mengadu pada anak-anak, kalau pun mungkin mereka akan tanggung kos memebaiki. Cukuplah mereka sokong kos makan minum dan bil. Mereka pun ada kos hidup yang perlu dijaga.

Sepatutnya, sementara aku masih sihat dan tiada beban hidup ini aku guna sebaiknya kepada ibadah, ziarah saudara mara dan sahabat handai serta mengunjungi tempat tempat yang baik seperti masjid atau berbuat kerja amal. Tapi tu la, nak tunggu seru tu entah bila.....adeh!

Sekarang ni aku lebih suka bersendirian di rumah. Dengar lagu, tengok tv ( atau tv yang tengok aku ). Rumah aku sekarang ini terlalu besar rupanya hinggakan bila laruit malam, macam macam bunyi dok ada. Untuk tutup bunyi macam macam itu aku dengarlah lagu atau bacaan Quran/Zikir.

Dulu masa ibu_suri masih ada aku berangan nak jalan-jalan ke tempat orang ala ala sahabat aku si Faisal bca. Dia ni dulu rakan sekerja tapi ambil keputusan untuk berhenti kerja dan tumpu kepada usaha berniaga sendiri. Katanya berniaga sendiri memudahkan dia meneruskan minatnya kepada keretapi. Tapi aku pula lebih suka ala ala bacpackers mengunjungi masjid dan menulis pengalaman ini ke dalam blog.

Namun semua itu tidak menjadi bila laptop yang aku beli untuk kegunaan masa pencen hilang. Duit persaraan dan simpanan KWSP terpaksa aku guna untuk lunaskan pinjaman PTPTN anak sulong serta biada anak kedua yang perlu membeli lori untuk kegunaanya mencari rezeki.

Tak mengapalah. Nasib baik aku sempat juga membeli kereta sendiri yang dengannya mudah aku bergerak tanpa mengharapkan orang lain. Rumah juga aku selesaikan hutangnya dengan bank.

Aku bebas di rumah sendiri. Bak kata P Ramlee... dunia ini ana yang punya.

Lagu tu la dok ada....kah kah kah!

5 ulasan:

Syazni Rahim berkata...

Seram pula baca yang bunyi2 malam2 tu hehe

Suria Amanda berkata...

SA doakan impian IM tu akan terlaksana juga nanti..sabar dan doa banyak2 insyaallah pelangi akan tiba

Warisan Petani berkata...

Im beruntung masih ada ibu.
Berbaktilah kepadanya selagi masih ada hayatnya.

Rabiahtul adawiyah berkata...

Semoga terlaksana impian kak

Mrs. A berkata...

Kalau tak boleh balik jumpa ibu selalu.
Kita usahalah selalu-selalu telefon ibu.
Macam tulah yang Mrs. A buat.