Terasa pipiku hangat dikucup. Itu pasti kucupan abang sebelum pergi kerja. Akhir-akhir ini kucupannya hangat dan ikhlas.
“Abang sayang U. Abang tak mahu tengok U menangis. Kalau ada apa-apa talipon abang, ya!”
Aku angguk sambil airmata berjurai.
Aku angguk sambil airmata berjurai.
Aku tidak pasti kenapa mutakhir ini hatiku diserang hiba yang keterlaluan. Rumah ini terasa amat sepi. Hidup ini terasa amat kosong. Tiada kawan datang ziarah. Tiada saudara mara datang singgah. Dan sejak balik dari menziarahi pengkebumian bapa saudaraku di Bidor aku semakin pasif. Selalu teringat beliau. Terkilan kerana tidak sempat menatap wajahnya buat kali terakhir.
Tapi aku sendiripun entah kenapa tidak mahu kemana-mana. Abang selalu sarankan aku pergi rumah kakak supaya boleh bermain-main dengan cucunya. Aku tidak hendak. Ziarah mak di Air Itam. Juga tidak hendak. Abang cadangkan pula supaya aku ziarah Kak Ati,kawan baikku masa kerja dulu di Balik Pulau. Juga tidak. Dicadangkan aku ziarah Latifah yang dulu sama-sama aktif dalam program KRJ, juga aku geleng kepala. Atau ziarah Rahim di Titi Teras, kawan baik abang Juga tidak..tidak..tidak..
Entah kenapa aku tidak ada hati untuk semua itu. Aku lebih suka berkurung dalam rumah sejak 2-3 minggu ini. Dalam bilik. Aku tahu abang amat bimbang dengan perubahan diriku yang mendadak ini. Suara dan elusannya menggambarkan itu.
Malam semalam, beriya-iya abang mengajak aku keluar jalan-jalan. Aku pun dengan payah melangkah masuk ke Kancilku. Sepanjang perjalanan aku hanya membisu dan memejamkan mata. Abang ajak singgah makan aku geleng kepala. Aku tahu abang sengaja ambil jalan jauh walaupun tampak dia sedikit mengantuk. Aku tahu abang letih seharian bekerja. Balik pula terpaksa kemas dapur dan basuh pakaian.
Aku tahu abang amat ambil peduli akan kesihatanku. Cuma aku yang tidak faham kenapa aku jadi begini. Aku minta abang supaya cari seseorang yang boleh ubati aku. Mungkin aku dihinggapi sesuatu yang membuatkan kekadang aku rasa sejuk; kekadang takut; kekadang sedih dan kekadang bimbang tidak bersebab. Atau mungkin semangatku perlu dipulihkan.

.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
