Jumaat, 28 Julai 2023

Bersara Penuh

Mulai hari ini aku akan menjadi pesara sepenuhnya.

Dah letih bekerja sejak umur 18 tahun. Bermula sebagai pelayan  di restoran mamak pekan Fair Park, Ipoh.

Kemudian menjadi ofis boy dan paling lama bekerja di kilang Hitachi Semiconductor sejak tahun 1982 hingga 2014. 

Ambil vss kerana mahu menjaga istriku yang menghidap sindrom bipolar disorder. Tak lama, kawan offer bekerja di syarikat beliau secara 'flexible hour' sehinggalah istriku meninggal dunia asbab Covid pada 2019.

Pun aku terus bekerja menyelia Kelas Cepat Membaca beliau sehinggalah aku ambil keputusan untuk bersara sepenuhnya hari ini.

Cukuplah. Aku ingin memulakan hidup baharu. Hidup yang lain sehinggalah aku hidup seribu tahun lagi...




Khamis, 22 Jun 2023

Maafkanlah...

Di dinihari ini aku teringat adik adikku dan zaman aku menjaga mereka tatkala mak dan abah pergi bekerja mencari rezeki. rasa puas sendiri kerana aku telah menjalankan tugas semampu aku sebagai seorang abang sulong walaupun selalu kena gerutu...

Tahun 1980 aku sambung belajar di Kuala Lumpur kemudian bekerja di Pulau Pinang. Berdikari mengisi hidup hingga sekarang.

Aku beli cd ini kerana di dalamnya penuh dengan kenangan lagu lagu oleh Irwan Shah ini mengingatkan aku pada kampung laman, mak dan arwah adikku - Muhammad Ki'a dan seseorang...


Ahad, 14 Mei 2023

Selamat Hari Ibu

Dulu henfon ada caller ringtone. Bila kita call orang kita akan dengar ringtone dari fon dia sebelum dia menjawap.

Ringtone itu kita boleh pilih nak lagu apa. Tapi kita kena bayar la sebulan beberapa ringgit ikut harga yang ditawarkan.

Aku set ringtone bahagian chorus kepada lagu ini ke atas talipon istriku tanpa pengetahuan dia. Bila kawannya menalipon, kawannya berasa teruja mendengarkan lagu ini sebelum istriku akan menjawap panggilan mereka.

Inilah ringtone tersebut. Secara kebetulan 'ibu' adalah nama gelarannya tak kira oleh anak saudara mahupun kawan kawan...

' Selamat Hari Ibu '

kini istriku, ibu mertua dan ibuku sendiri telah pun tiada, pergi menemui Ilahi terlebih dahulu. 

Semuga roh mereka dirahmati Allah. Ameenn...

Lagu - Belaian Ibu - Hijjaz

Khamis, 11 Mei 2023

Perginya Seorang Lagi Rakan Blogku...

Mendapat khabar dari kakcik seroja bahawa seorang lagi rakan blogger kami telah pergi menemui Ilahi...

Sebelum ini seorang rakan blogger juga telah meninggalkan kami dan dunia blogging...



Muga roh mereka dirahmati Allah. Allah lebih mengasihi mereka dan menjemput mereka dahulu.

Dunia blogging aku tahun tahun 90an dahulu cukup meriah dengan keberadaan mereka bersama samaku.

Pergilah dahulu. InsyaAllah, sampai nanti giliranku menyusul...

Rabu, 3 Mei 2023

Teh Daun Sanna

Lama tak bertemu. Apa khabar rakan blog semua? Selamat Hari Raya.

Raya aku tahun ini duduk rumah sahaja. Sejak ibu_suri tiada aku semakin malas nak keluar berjalan jalan. Sementelah mak abah dan mak abah mertua aku pun dah tiada, lagilah bertambah tambah tawarnya hati aku untuk ke mana mana jika tidak ada keperluan.

Sejak akhir akhir ini aku mempunyai masaalah tak ada rasa nak buang air besar. Perut dah rasa keras semacam. Hingga pernah satu malam tu aku minta angah hantarkan ke hospital sebab rasa dah 'kecemasan'.


Sekarang ini aku cuba amalkan minum teh daun sanna. Aku google google kat google terbacalah minuman ni. Aku beli secara atas talian.

Mulanya aku cuba minum secawan. Esok takda rasa nak berak pun. Tapi kalau baca iklan dia bukan main. Minum secawan, tak lama... gedebus keluar segala kerak kerak yang tersimpan bertahun tahun.

Aku ada cuba minum Leptos. Berkesan juga tapi pada la. Sekotak 8 sachet harga rm50. Satu sachet jatuh harga lebih rm10. Kayangan betoi!

Aku amalkan juga minum green tea. Ha ha...macam macam la aku try.

Pagi ini aku kembali semula kepada teh sanna. Aku masih berharap kepada keserasian khasiat teh ini dengan perut aku. Kalau tidak hari ini, esok lusa akan berkesan agaknya.

Pemakanan kesihatan ini memerlukan amalan sebenarnya. Bukan sekali minum dah menjadi.

Ianya bukan seperti ubat, makan sekali dah beri kesan.

Macam macam la bila dah tua ni. Ada saja yang pancit. Berjalan pun dah kena slow slow.

Lutut dan pinggang semua dah kondem!

Bye...