Rabu, 30 Disember 2009

Sebenarnya

Sebenarnya dalam hati ini
masih ada seberkas rasa rindu padaMu Tuhan
walaupun kerapnya ia terberancai dirakus nafsu.

Sebenarnya dalam hati ini
masih ada sesusuk doa buatMu Tuhan
walaupun adanya kemungkinan
tidak cukup syarat untuk mendapat restu dan perhatian.

Sebenarnya dalam hati ini
masih ada secawan cinta untukMu Tuhan
walaupun selalunya tidak penuh
dan sering tertumpah.

Sebenarnya dalam hatiku ini Tuhan
terasa amat ketar gementar
menyelusuri lorong masa yang bakinya makin sedikit
dan tidak pernah menoleh ke belakang.

Tuhan
Berilah aku kesempatan
dan sedikit harapan
sebelum matahari terbit dari tangan kanan
sebelum karpat pintu keampunan!


29 Disember 2009
Kedai tepi Masjid Kubang Semang.

7 ulasan:

maiyah berkata...

tuhan sntiasa beri kesempatan.. cntik bingkisan ni

kakcik berkata...

Terasa betapa kerdilnya diri
seolah tidak layak untuk disayangi...

al-lavendari berkata...

saya juga memohon perkara yang sama dariNya.

Mybabah berkata...

Salam tuan. Hari ini saya belajar satu perkataan baharu daripada tuan,iaitu terberancai, yang maksudnya cerai-berai, terbongkar (terombak). Terima kasih.

hentian berkata...

Mybabah,

Perkataan itu sebenarnya selalu digunakan dalam perbualan adik beradik semasa aku masih kecil di kampung.

Citarasa Rinduan berkata...

IM

syahdu layan puisi IM malam nie...

Pendekar berkata...

masyaALLAH...

sungguh mendayu-dayu sekali belaian bicaranya mendamba kasih sang pencipta.

teruskan berkarya kawan.