Sabtu, 31 Mac 2012

Jatuh Cinta

 
Aku  hantar kereta Viva Angah ke Perodua Seberang Jaya tadi. Servis pertama untuk 5000km. Harapan aku ialah untuk memandunya nanti ke PICC lewat konvo Along 14 April nanti.

Sebenarnya mendengar nama Putra Jaya aje dada aku dah rasa semak. Belum pergi lagi tu. Aku tak reti lansung jalan-jalan ke sana. Pasrah ajelah. Muga-muga Along banyak membantu nanti.

Aku dah suruh Along tempah hotel.

"Hotel tu mesti ada lif. Bilik airnya tak perlu naik tangga. Pendinginhawanya tip top dan ada tv" ujarku memberitahu spesifikasi bilik. Ini semua untuk memastikan ibu_suri selesa. Harga kira jatuh no 2.

"Along dah tempah Hotel Aman di Bangi. RM118." 

Huu..otomatik keningku terangkat bila mendengar itu. Tak pernah lagi aku sewa bilik hotel seharga itu. Selalunya aku sewa hotel budget dalam 6 ke 7 puluh saja.. Lagi, apa pasal pulak ambil hotel kat Bangi sedangkan aku hendak ke Putra Jaya? Pandai-pandai engkau lah Along... Ayah tak tahu.

Aku tak pernah memandu kereta auto. Mulanya kekok juga bila memandu Viva milik Angah. Macam nak ikat je kaki kiri aku ni. Rupanya betul kata orang: sekali kita dah mula bawa kereta auto, kita akan terus jatuh cinta!

11 ulasan:

Ibu n Abah berkata...

IM..
mmg betul perancangan Along. Ambil hotel di Bangi kerana Bangi dan PutraJaya memang berdekatan. Jika memang Along tahu jalan dari Bangi ke Putrajaya... memang memudahkan. Sebabnya hotel yg paling hampir dengan PICC di PutraJaya adalah Hotel Pullman. Kadar sewanya memang sangat mahal.

aznimatisa berkata...

assalamualaikum IM,

Penangan auto memang mengesankan, terutama bagi kita yang dah penat fikir dan selesaikan masalah disekeliling.

Anonymous one berkata...

IM! kita serupa..! AO gitu juga masa mula2 bawa auto rasa kaki kena lipat bersila barulah duduk diam kaki kiri... ya dah bawa kereta auto orang tua AO, AO memang suruh pakai auto bagi senang.. orang tua AO pun pakai auto dah tua2 ni..

a.samad jaafar berkata...

Ye betul... Sy adalah antara yg pernah jatuh cinta cubaan yg pertama

hrusli61 berkata...

Takut nanti IM minta tukar terus kereta VIVA dan bagi Kancil pada Angah.

mimi berkata...

berbangga dengan kereta malaysia...
MALAYSIA boleh..!!!!!!!!!!
Biar apa orang kata tentang kereta malaysia......
ia tetap di hati

Itu Aku berkata...

salam IM
auto lagi senang ,,cinta terus
klu kat kl auto lagi senang kot
ibu suri sehat?

Citarasa Rinduan berkata...

ayu yakin. hotel dibangi tu mmg selesa bt ibusuri

wahhhhhh
nampaknya Im dah terjatuh cinta dgn auto..
hehhehehehe.. kancil simpan sudahhh

mama maman aka yana berkata...

IM.. mama pun guna auto.. hehehe... bg kami yg terpaksa melalui jln yg selalu jem mmg lg senang auto dr manual.. hehehe.. takde la terkial2 nak menekan gear je.. :)

mario berkata...

oo...bangi dekat je tu ngan putrajaya ... hotel kat pjaya mahal

pakai auto lg senang kot...terutama kat jalan jem...apapun...selamat berkonvo..

Dinar berkata...

IM, keta auto mmg efisen...sejak bertukar kpd keta auto dah tk tau nak pandu kereta manual...hehe