Rutin rawatan susulan ibu_suri di Klinik Kesihatan Kubang Semang hari ini. Dr Azlina yang cukup Islamik dan baik terus memberi peransang supaya ibu_suri terus menjaga makan dan senaman demi kesihatan lebih baik.
Berat: 121.8 kg ( sebelum: 122.7 kg) )
Gula: 8.5 ( tak berubah )
Tekanan Darah: 180/100 ( sebelum 190/120)
Lantaran tekanan darah tinggi masih tidak menyeronokkan hati doktor, dos untuk pil hipertensi ditambah.
Balik ke rumah, aku berbaring di katil. Ingin lupakan sebentar semua simpang-siur. Hujung kepala mula berdenyut walaupun ringan. Akhirnya terlelap.
Esok lusa perlu ke Hospital Besar Pulau Pinang untuk mengambil stok baru ubat psikiatrik ibu_suri. Ini semua adalah persediaan untuk ibu_suri sebelum ke PICC 14 April ini.
8 ulasan:
melihat pb ibu suri.. ayu yakin, Im telah membantu sedaya upaya...
malahan berat badan ibu suri menurun..
tahniah IM
anda sentiasa berkongsi cerita.. kami senang membaca, hanya doa yang baik2 bt kalian skluarga..
tabah dan berserah.......
Semoga kesihatan ibu_suri akan bertambah baik. Ada apa di PICC, IM?
Salam IM,
Semoga Ibu suri sentiasa sihat.
CR,
Berat badan ibu_suri menurun cuma sedikit. Kata doktor berbanding tarikh yang sama tahun lalu berat badan ibu_suri sebenarnya naik 10kg.
kak cik,
Hadiri konvo Along. IM gerum juga nak pi PJ ni. Tak biasa.
Kunang-Kunang,
Terima kasih lewat doa. IM resah hari ini, tak tahu kenapa. Terasa jemu teramat.
selamat smpai selamt yg ditinggal sekejap
Takpa kita buat satu persatu ...
assalamualaikum IM.
Tinggi bacaan ibu_suri tu ya. IS dah tentu dijaga IM, maka janganlah mikio beno yeop,. nanti naik pula bacaan IM, sapa lah pulak yang nak kena jaga IM. Cuba2 senaraikan nama yg boleh jaga IM sekiranya IM tak sihat..
maka, jaga dan jaga dan jaga diri dan emosi. banyak2 mohon pada Allah agar redha redhakan lah hati ku dan ikhlaskan hati ku ini Ya Allah. Sesungguhnya hati kita dan kederat kita yang tak berapa sangat nak kuat ni Allah yang pegang. Teruskan lah apa yang sepatutnya ya Yeop walau pun rutin2 kita ni seperti menjemukan dan kadang dah sampai tahap gaban. ><
Ceria dari tepi sungai Perak yang mengalir tak berapa ceria diatas kemangkatan Almarhum Raja Ashman..alfatihah
sud@is,
ya... doa sahabat itu yang terbaik!
hrusli61,
ye bebenor.... pikio satu persatu. ada yang kita boleh selesaikan. ada yang hanya masa menentukan.
aznimatisa,
memang Yeop selalu ingat petua itu; jaga diri sendiri agar sihat dan boleh menjaga orang lain.
Catat Ulasan