Beberapa hari lalu aku singgah di Masjid Syeikh Abdul Kader, Bukit Mertajam. Masjid ini memang antara masjid yang menjadi kegemaran aku untuk bersolat atau rehat setelah penat berurusan.
Terasa mahu buang air kecil, aku berjalan memasuki bilik air. Mungkin kerana masjid ini menjadi tumpuan ramai orang, bilik airnya tidaklah dapat aku kategorikan sebagai A. Mungkin D.
Semasa memilih selipar yang disediakan khas untuk memasuki tandas, keluar seorang pak cik dari salah satu tandas lain lalu;
"Assalamualaikum!" sambil tersenyum memperbetulkan kopiah. Manis wajahnya.
Aku jadi terpinga-pinga. Biaq betoi pak cik ni. Islamik terlebih pula sampaikan berada dalam tandas pun masih nak bagi salam!
9 ulasan:
Dia mendoakan kebaikan dan sejahtera untuk saudara...nak masuk tandas pun kita perlu berdoa
Salam IM..
....org mendoakan kesejahteraan kita tidak kira walau di mana ... Jwb lah dgn senyuman :)
huhuuhh die luper tu agaknye.huhuhuh
Pakcik itu dah biasa begitu. Jadi, dia tidak merasakan dia tidak melakukan apa2 kesalahan. :)
Itulah yang baiknya, memberi salam walaupun kita tak kenal orang itu.
Saya perhatikan kebanyakan orang kita masih berat nak beri salam pada mereka yang kita tak kenal dan kita tak ada urusan.
Salam,
Dah terbiasa beri salam agaknya, sampaikan terlupa yang hukum beri salam dalam tandas tu makruh.
Abd Razak,
Memang sebaiknya kita amal membaca doa ketika memasuki tandas.
DO,
Mulut IM menjawap dengan senyuman. Cuma hati IM terbit pertanyaan.
Frogos,
Agaknya lah tu sebab dah terbiasa beri salam bila jumpa sesiapa.
kak cik,
Mungkin dia kan terperasan juga bila dah balik rumah.
Kunang-Kunang,
IM diantara kategoru yang berat nak bagi salam. Tu yang cuba sesangat nak ubah sikap ni.
Ros Illiyyuun,
Lama tak singgah sini ya!
Itu sebenarnya mesej yang IM nak sampaikan. Antara tempat yang makruh memberi salam ialah di tandas.
salam ziarah mengukuhkan ukhwah sambil mempelajari sesuatu. memang betul, saya sendiri kerap berdepan situasi tersebut.
hehe.. Saya belum pernah lagi berdepan situasi begini..
cantik IM punya layout blog, ao suka daun tuh
Catat Ulasan