Ahad, 8 April 2012

Menjerit

Aku berharap sangat agar ujian yang selama ini aku hadapi tidak pula menimpa kepada anak-anakku, saudaramaraku malah sahabat handaiku. Ianya teramat berat. Belum tentu mereka mampu menerimanya sepertimana aku.

Bukan mudah untuk berkongsi hidup bersama seorang insan yang menghidap mood disorder (gangguan perasaan). Perlu ketinggian kesabaran, kebijaksanaan bertindak, teguh pendirian dan tegar menelan segala kata-kata yang pahit. Perlu kebal meneroka segala kejemuan aktiviti hidup yang stereotaip.

Jika tidak kerana aku memegang pada amanah yang aku terima setelah - ' aku terima nikahnya ....' belum tentu aku masih di sini.

Pernah aku katakan pada Angah; kalau orang lain menjadi seperti ayah mungkin ibu menjadi seperti mana yang kamu lihat bergelendangan di tepi-tepi jalan itu!

Sungguh! Aku buka merapek. Itu kata doktor Psikiatrik yang selang 3 bulan aku bawa ibu_suri untuk dirawat itu. Doktor itu sendiri berkata; Saya tabik dengan awak. Kalau orang lain bukan 4 tahun tetapi 4 minggu sahaja dia sudah lari. Tak tahan!

Ahhh.... ibu_suri yang sedari tadi merungut kenapa aku masih belum tidur seperti memberi warning dengan membilang 1..2..3... 

Aku perlu masuk tidur sebelum kiraan ke 4 walaupun sebenarnya aku masih mahu berada di depan pc ini. Walau hatiku terasa bebal lewat masa-masa privacyku sudah semakin tiada dek terkongkong namun aku masih mesti mengukir senyuman. Kekadang rasanya mahu saja aku menjerit!

16 ulasan:

nana berkata...

Allah maha Mengetahui tahap kemampuan kita. Syukur IM tabah dalam ujian dan semuga terus ditetapkan dalam ketabahan dan jeritlah bila rasa ia dapat melepaskan sedikit tekanan walau hanya jeritan di alam siber. rezeki ibu_suri mendapat jodoh yang bertanggungjawab.

aznimatisa berkata...

Assalamualaikum IM,

Dari catatan IM saya turut bersimpati. Mudah kata, bukan mudah segala-galanya. Ada ketika, saya rasa IM juga perlukan bantuan psikatri sendiri agar dapat memberi dan mendorong IM untuk meneruskan semangat IM dalam kehidupan. Pergantungan kita sepenuhnya memang dengan Allah Taala,. tetapi dipendek kata jangan lah manusia yg normal nak menipu diri, Hidup kita didunia secara logik akal, memang memerlukan seseorang untuk memangkinkan kehidupan kita yang adakala pudar tidak menyinar.

Semoga tabah.

Kamsiah berkata...

salam
IM...jadikan blog ni tempat meluah perasaan,melepaskan tekanan...kerana disini ramai yg sudi mendengar,memberi semangat dan kekuatan...kongsikan segalanya disini...semoga berkurang sedikit bebanan yg ditanggung

Kunang-Kunang berkata...

Salam IM,

Tak tau nak kata aper. Mudah2an bila IM dah luahkan di N3 ni, perasaan akan lega sedikit...

Anonymous one berkata...

AO insaf :(

Aida Ali berkata...

Salam IM. Semoga terus tabah dengan ujian Allah ini. Bahagia pasti menyusul biar tanpa disedari..

a.samad jaafar berkata...

seperti yang pernah saya katakan dulu.. bersabarlah..pasti ada ganjaran dan hikmahnya.. moga terus tabah..

mama maman aka yana berkata...

sama la IM.. kekadang rasanya masa utk sendiri seakan2 tak ada langsung.. hehehe.. tp mungkin fikiran waras yg buat kita masih boleh tersenyum.. mungkin kita rasa kita sebal ngan masalah tp mungkin org lain lg banyak masalah tp dia tetap tabah dan sabar.. cam la IM jugak.. sy cukup2 tabik dgn kesabaran IM.. :)

Deru Ombak berkata...

IM..saya tak tau nak ckp apa dah!
Berat hati yang membaca,, berat lagi apa yang awk rasa..

Sabar k.

Deru Ombak berkata...

Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

ujang kutik berkata...

Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

ujang kutik berkata...

Sdr Insan Marhaen,

Tiada khilaf lagi bahawa sesungguhnya saudara manusia terpilih dan hebat.

Abd Razak berkata...

Assalamualaikum...

Moga dengan berkat sabar saudara selama ini Allah angkatkan derajat saudara dan ampunkan segala dosa saudara..aamiin

shahirahkhairudin berkata...

berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul kan IM.
bertabahlah IM.
itu saja yang mampu teman teman katakan kepada IM.
kami tak rasa jerih pedih IM, tapi saya percaya IM adalah sebaik baik dan sesabar sabar suami.

semoga kasih sayang dan rahmat Allah mengiringi setiap baja baja kemulian yang IM tabur untuk ibu suri. selamat.

Mario berkata...

nak suruh sabar pun rasanya bro IM lbh tau erti sabar... memang kadang2 kalau dpt menjerit akan lega....

Anonymous berkata...

SALAM IM,
Allah megetahui tahap kemampuan IM.INSYALLAH,gajaran dr ALLAH menunggu IM di SANA nanti..
menjerit la,jgn di pendam.kena pilih tempat bersesuaian la.kita semua tak serupa...dan bg saya menagis teresak esak adalah penawar utk ubati stress saya.saya memilih tempat menagis dlm sujud solat dan bilik air.

dr mrs hasan