Sebenarnya aku amat senang dengan blog aku ini dan yang ini. Bagi aku setiap hari jika tidak menatap blog aku ini seperti pagi yang tiada sarapan.
Biarlah apa orang lain nak kata; ini adalah hakikat yang ada dalam diriku sendiri. Meminati penulisan adalah sesuatu yang tumbuh sejak dari bangku sekolah menengah lagi. Lebih subur pabila abah menghadiahkan sebuah mesin taip sebaik sahaja aku mendapat keputusan 11 agregat dalam SRP 1975. Begitu bangganya abah bila dapat tahu karya bilisku selalu tersiar dalam majallah dan radio Ipoh masa itu.
Aku seorang yang pendiam. Tak punya ramai kawan. Jadinya, menulis akan membuatkan aku puas untuk meluahkan apa yang bermain dalam dada dan kepala. Kekadang, masa cikgu mengajar, ilhamku datang dan aku menulis di tepi buku nota. Masa aku berada di bilik air aku berdeklamasi dengan sendiriku.
Sekali lagi aku sayang blog aku ini yang walaupun tidak sehebat blog lain orang. Aku berterima kasih kepada dunia siber yang memberi ruang dan peluang untuk aku menulis dengan mudah dan menyimpannya (entah di mana) untuk di baca semula bila-bila teringin.
Menulis dan mendengar lagu adalah seiring dengan jiwa halusku yang mungkin mewarisi darah seni abahku. Tapi tidak seperti dulu, aku kini lebih gemar menulis dan mendengar lagu-lagu kemanusiaan dan keTuhanan.
Kekadang, aku juga membaca Quran dengan lagu aku sendiri. Yang mungkin tidak sedap taranumnya di telinga orang lain tapi cukuplah buat hiburan hati sendiri.
10 ulasan:
salam
teuskan...mungkin jika kita telah tiada nanti...blog kita menjadi 'khazanah' anak cuci cicit kita...
berdeklamasi dalam bilik air ? klasik bro klasik ahaha
Kakcik juga lebih senang bercerita di blog walau tidak boleh diluahkan segalanya secara nyata...
blog adalah rakan buat saya..cuma saya kurang aktif berbanding dulu..mungkin kerana saya sudah kehabisan modal..teruskan menulis IM..saya senang berada di sini..
teruskan menulis IM.
kadang kadang tulisan kita pun mampu menenangkan perasaan sendiri.
hati kita pun seronok bila berkongsi seronok dengan orang lain.
hati kita ringan sikit bila berkongsi walang dengan orang lain.
Terima kasih kepada IM yang telah memasukkan saya ke dalam arena blog ini. Mudahan kita dapat berkongi ganjarannya dari cetusan hati yang tersendiri
IM, teruskan dengan bakat yang dianugerahkan tu.. Setiap kita dicipta berbeza paras rupa begitu juga citarasa...menghargai dan bersyukur dgn apa yang ada membuat seseorang itu sempurna..WALLAHUALLAM
=)
Sentiasa Ada di sini.. Walaupun selalu terlambat.
Selagi ada peminat, menyanyilah IM. Walaupun ketika dinihari. Lagi pun, si peminat pasti menganggap, nyanyian itu satu terapi hebat. Salam bahagia.
Catat Ulasan