Aku dan Amir Bongsu |
Ahad lalu aku sempat menyertai kursus pendek membuat Roti dan Pizza anjuran MUBIN dan Kolej Komuniti Kepala Batas. Walaupun keletihan kerana baru balik dari konvo Along di PICC Sabtu sebelumnya tapi atas nama pengorbanan seorang ayah, aku gagahi juga. Kenapa aku katakan pengorbanan seorang ayah? Pendaftaran asal sebenarnya atas nama Angah tapi last minute dia tak mahu pergi. Suruh Along ganti Along pun tak mahu pergi sedangkan yuran dibayar. So....?
Tapi berbaloi juga kursus itu. Dalam Facebook, aku beri tajuk ' Belajar untuk faham dan memahami '. Ya... baru aku faham bagaimana proses membuat roti yang selama ini aku selalu beli dari gerai EDEN di Hospital Besar Pulau Pinang tatkala bawa ibu_suri untuk rawatan.
Dan kalau bukan orang yang biasa ke dapur tentu rasa kekok nak uli tepung malah untuk mengenal bahan-bahan yang digunakan. Ada 5 kumpulan yang mana satu-satunya kumpulan lelaki adalah kumpulan aku. Dan kumpulan akulah yang selalu menjadi perhatian kerana riuh rendah dan kreativiti kami membuat bentuk roti.
Sempat bawa balik ke rumah hasil dari kerja tangan aku dan kawan-kawan. Waaa... paling berebut ialah ibu_suri!
Rupanya taklah susah sangat nak buat Pizza ni. Cuma kena ada skill dan kesabaran!
Boleh lihat foto lain di Facebook
14 ulasan:
Selamat padi IM
wow... suka sangat2 bila sahabat belajar akan sesuatu perkara, lebih2 lagi part memasak
Tahniah IM, ilmu yang ada nanti boleh syer dgn kawan
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Sdr insan_marhaen,
Memasak dunia wanita tetapi milik lelaki.Kebanyakkan chef adalah orang lelaki.
Tabik la IM..serba boleh...kan best kalau ada gambar pizza hasil kreativiti group IM tu..
IM..tak tunjuk ke bagaimana rupanya roti/pizza tu hehe...
bestnya....
Kalau kalian nak tengok roti dan pizza yang kumpulan IM buat, boleh klik link di perkataan Facebook di akhir entri.
Tapi kena ada akuan facebook dulu la...
kalau rajin , semua perkara menjadi mudah
bole bukak bisnes bila dah pencen nnt tu...
Assalamualaikum IM..
seronoknya dapat belajar buat pizza sndri....teringin jugak nak belajar....
Beruntung juga walaupun dalam keadaan berkorban dan terpaksa.
Lepas ni kalau ibu_suri minta IM masak boleh la masakkan roti atau pizza. Tentu berebut juga ibu_suri makan.
IM,
Lepas ni kena ada blog masakan la pulak.
Sebenarnya tak ada ruginya walau apa pun yang kita belajar. InsyaAllah tak sekarang satu hari nanti tentu berguna,
Catat Ulasan