Walaupun dalam keadaan masih sakit pinggang, aku gagahi juga untuk pergi ke Tadika Amal Rintis (TAR) - tempat ibu_suri bertugas sebagai guru yang tak jauh dari rumah.
IKRAM Seberang Perai Tengah dengan kerja sama Islamic Relief membuat majlis iftar dan sumbangan untuk golongan yang memerlukan. Sebelum itu IKRAM membuat majlis yang sama di Taman Pelangi dan akan membuat majlis yang sama di lokasi-lokasi berlainan.
Aku seperti biasa, menyediakan alat siaraya, menyusun bangku dan mengemas meja. Itu ajelah yang aku tahu pun.
Tapi tak sangka pula dalam senarai 5 nama penerima itu termasuk juga nama ibu_suri. Sumbangan diberi atas kapasiti bekas guru TAR dan aktivis JIM yang kini tidak lagi dapat meneruskan tugas kerana uzur.
sumber |
Sumbangan itu mungkin tak seberapa dari sudut material akan tetapi di sudut ukhuwah persahabatan dan persaudaraan, nikmatnya begitu besar dan susah hendak di gambarkan.
6 ulasan:
alhamdullilah.
rezeki ramadhan..
tahniah buat Im dan ibu suri
Alhamdulillah...
ibu suri pernah berjasa pada saat beliau sihat, dan ketika waktu sakitnya jasanya masih dikenang dan dihargai...
rezeki ramadan tu IM...rezeki dari sumber yg kita tak sangka2...
cr,
betul tu. syukran. ini yang dikatakan rezeki datang dari pintu-pintu yang tidak kita ketahui.
ibu n abah,
begitulah sepatutnya adab manusia. yang berjasa dikenang!
kamsiah,
ya..ya.. walaupun bukan semuanya dapat digunakan oleh kami tapi kami sekeluarga tetap berterima kasih!
Assalamu'alaikum wrt IM,
Gembira membaca apabila ibu_suri gembira dan berseri-seri wajahnya...Alhamdulillah
Nurazzah8
http://nurazzah8.blogspot.com/
Alhamdulillah rezeki.. budi dan jasa ibu_suri masih dikenang..
makchaq tumpang gembira...
Catat Ulasan