Aku baru call hospital. Hari tu, nurse kata kalau nak bercakap dengan soktor, call lebih kurang jam 3 ke atas. Masa ni doktor masuk wad.
Alhamdulillah, masa aku call doktor yang angkat gagang talipon.
Doktor keadaan ibi_suri masih swperti masa dia masuk hari tu. Paru parunya lemah dan kurang O². Perlu sokongan 2 jenis Oksigen.
Doktor kata, memang pesakit covid akan ditahan di wad selama 14 hari. Sekarang baru 11 hari.
Selepas 14 hari ibu_suri akan dipindahkan ke wad biasa.
Sekarang ibu_suri guna O² kadar 15 liter. Kalau di rumah sebelum ini ibu_suri disokong oleh mesin O² berkapasiti 5 liter. Mesin itu disewa dengan harga RM350 sebulan. Dah setahun lebih sewaan itu.
Kata doktor ibu_suri hanya akan di discaj jika boleh bernafas baik tanpa O².
Kalau keadaan ibu perlukan mesin O² yang lebih kuat terpaksalah aku sewa mesin O² yang kapasitinya 10 atau 15 liter. Harga sewaan? Pastinya lebih mahal.
Aku berserah sahaja kepada Tuhan. Kesian Along yang membayar sewaan mesin itu sejak dulu.
2 ulasan:
Semoga Ibu Suri sembuh sepenuhnya.
Semoga cepat sembuhnya
Catat Ulasan