Jumaat, 11 Januari 2013

Cempera

Memang kelam kabut sikit jadinya, Angah. Bercempera segala jadual harian. Kena ambil cuti hampir berhari -hari untuk menjaga anaknya - Marissa.

Kak Ona, kakak kepada ibu-suri yang mengasuh Marissa tiba-tiba saja dikejarkan ke hospital. Tekanan darahnya mencanak naik hingga melepasi paras 200. Anak-anaknya perasan hal ini bila mereka melihat bibir Kak Ona senget dan air liur jatuh di celah tepi bibir ketika mereka singgah makan di gerai.

Kata suaminya - Abang Mail; doktor baru saja membuat imbasan di bahagian kepala kak Ona.

"Kenapa di bahagian kepala?" soalku.

"Doktor kata, pergerakan kaki dan tangannya, ok. Jadi doktor nak sahkan keadaan saraf kat bahagian saraf otak pulak." terang Abang Mail.

Sebenarnya aku faham proses ini. Semasa ibu-suri di BM Specialist Center 5 tahun dulu pun sama. Doktor sahkan banyak dari saraf-saraf otak ibu_suri mengalami blood clot. Itu yang akhirnya menyebabkan oksigen  tidak sampai ke sel-sel otak hingga menyebabkan sebahagiannya mati dan ibu_suri mengalami komplikasi emosi dan sebahagian daya percakapan.

Mungkinkah kak Ona akan mengulangi sindrom yang sama seperti adiknya - ibu-suri? Dan macam mana pula Angah hendak mengatasi masaalah penjagaan anaknya sementara dia dan Ayu bekerja? Memang kusut bila difikir.

Tapi seperti selalunya aku nasihati Angah: Usah fikir perkara yang belum berlaku. Fikirkan apa perlu dibuat hari ini dan esok sahaja dahulu.

Tambah menegangkan suasana bila ibu_suri beria-ia mahu menjaga Marissa bagi menggantikan Kak Ona. Kononnya dia boleh jaga cucunya itu sedangkan hakikatnya dia terlupa; dirinya sendiri pun orang lain yang menjaganya. Dia ingat Marissa tu masih berumur 1 hari sedangkan sebenarnya usia Marissa lagi 1 bulan akan genap 1 tahun. Tengah lincah berlari, memunggah dan memanjat segala kerusi.

7 ulasan:

Kakcik Nur berkata...

InsyaAllah, akan ada jalan penyelesaiannya.

ANIM berkata...

oo..kiranya sakit itu boleh diwarisi. banyak yg selama ini saya tak tahu..

p/s setiap masalah ada penyelesaian

Ibu n Abah berkata...

IM..
Jika ibu suri berupaya menjaga cucunya.. Tentu ibu suri lebih ceria melayan karenah cucunya...
Tidaklah sunyi beliau di rumah..

Murni Alfathunnisa berkata...

dah nak dekat setahun memang tengah 'buas' tu.

saya pun baru dipesan seseorang, "don't experience the fear until u face it".

insyaallah..ada jalannya.

TUN TIJAH berkata...

As-salam,

Mudah-mudahan akan ada jalan penyelesaian untuk angah dan semoga kakak ibu_suri akan segera sembuh.

Apakah penyebab utama penyakit tersebut.

Jay Ar berkata...

Mungkin ibu suri perlu diberi peluang, beri tempoh percubaan seminggu kpd nya, kalau OK bolehlah tu...

NoorVictory berkata...

Setuju dengan nasihat IM. Kita tidak harus disusahkan oleh angan-angan masa hadapan yang kalau difikirkan akan membuat kita muram. Ini saya petik dari kata-kata Ust Pahrol.

Setiap kesulitan pasti ada kemudahan, kan IM? Semoga kemudahan yang dinanti tidak jauh. :)

p/s: Mungkin ibu_suri dah rasa dia boleh berdikari kut. :)