Rabu, 23 Januari 2013

Gelang Untuk Marissa

Baru saja selesai mengendali mesyuarat untuk program AQSA2GAZA@MYDIN yang dirancang bermula pada 26 ~ 27 Disember ini di foyer Pasaraya Mydin, Bukit Jambul. Aku ajak ibu_suri ikut sama supaya dia tahu apa sebenarnya yang aku buat bila kata nak pergi meeting. Tidaklah nanti dia akan bersangka buruk dan berkata; 

" You pergi meeting ke atau jumpa sapa?".. marah!  Pada aku itu bukan perkataan yang boleh dibuat mainan. Pedih rasa hati jika kejujuran kita dipertikai sesuka hati.

Selama 2 jam mesyuarat itu berlansung maknanya selama 2 jam jugalah ibu_suri terpaksa duduk bersimpuh tak bergerak. Kesian juga dia. 

Selain alasan di atas, aku membujuk ibu-suri agar ikut bersama ialah kerana aku tidak mahu dia kesunyian di rumah. Bila sunyi nanti dia akan asyik teringatkan cucunya yang sudah 2 hari tidak berada di rumah kerana giliran bermalam di Bukit Tengah. 

Aku memang selalu berpesan pada Angah supaya berkhidmat samarata antara keluarga dia dan keluarga isterinya. Dia perlu menganggap ibubapa Ayu adalah ibubapanya juga sepertimana Ayu perlu menganggap aku dan ibu_suri adalah ibubapanya juga.

Aku tidak mahu ada di antara anak-anaku yang tidak reti menghormati orang tua mereka sendiri. Aku katakan pada Angah;


"Jika kamu mahu anak kamu menghormati kamu bila kamu tua, kamu hormatilah kedua ibubapa kamu tatkala mereka sudah tua. jika mereka sudah tiada, hormati dan ziarahi keluarga mereka. Jika keluarga mereka juga tiada, hormati dan ziarahilah kawan-kawan baik mereka."


Sewaktu minum-minum di Restoran Cahaya Al Amin depan Hotel Summit, ibu_suri buat entah keberapa kalinya menyatakan hasratnya untuk menghadiahkan gelang tangan untuk cucunya - Marissa.

"La... kan dia masih kecik sangat lagi. Mana dia reti pakai rantai.." aku mengelak.

"Emmmhhh... You memang kedekut. Kedekut soiihhhh....." sambil menjuih bibir. Aku tertawa saja...

6 ulasan:

❤Kamsiah❤ berkata...

IM..kebanyakan nenek mcm tu dalam bab menyayangi cucu mereka...jika berkemampuan...di beli brg kemas walaupun seratus dua harganya...spt awrah ibu saya,semua cucu2 perempuan dibelikan brg kemas,yg sama harganya...

makchaq berkata...

Bukan ragukan kejujuran la IM.. saja nak usik.. lagipun cemburu kan tanda sayang... Kalau ibu_suri buat tak tau ja kat IM mesti IM pulak yang risau..

Maktak sayang sangat kat cucu sulung dia..kalau ada duit lebih boleh la beli..

Kakzakie berkata...

Kakak rasa IM tahu baca dah hati ibu_suri kan... baguslah ini jln terbaik kan..

Nenek/Atuk memang biasa terlalu saaaayang sangat dgn cucu.

Ariff Budiman berkata...

IM. Lambat lagi la program tu. Bulan Disember.Januari kut

insan marhaen berkata...

Kamsiah,
Keluarga kami ramainya lelaki. Jadi bila ada anak perempuan, memang terlalu mengujakan ibu_suri. Teringin angat dia hendak belikan aksesori seorang wanita.

mak chaq,
betul la nak mengusik. tapi usikan yang macam ni IM tak suka sama sekali. dah bagitau dia banyak kali. nanti kang IM buat betul-betul baru dia tahu he..he..

kak zakie,
tapi tok ayah yang ni, pandang biasa-biasa saja kat cucu yang sorang ni. tak mahu campur tangan terlalu berlebihan.

arif budiman,
terima kasih kerana menegur kesilapan tarikh. nanti IM perbetulkan. mai la ke program tu nanti ya... IM ada di belakang tirai je...

Jay Ar berkata...

OK lah gelang tangan...yg JR tak berkenan pakai gelang kaki, apa lagi jenis berloceng....