Isnin, 7 Januari 2013

Wow... Nasi Arab!

Aku tak pernah makan Nasi Arab sebelum ini. Apatah lagi berlaukkan daging kambing. Ada sikit-sikit terpengaruh dengan cerita bahawa daging kambing berbahaya bagi pesakit darah tinggi. Makanya, jika aku makan ibu-suri mesti mahu juga. Itu yang cuba aku elakkan.

Tapi semasa aku menghadiri PPN Khas Jamaah Islah Malaysia bebaru ini di sini, makan tengahari kami dihidangkan dengan Nasi Arab.

Woww... Rupanya memang sedap nasi ini. Daging kambingnya juga lembut dan halus. Saiz nasinya yang panjang buat aku benar-benar terpikat.

Minggu lepas, aku bawa ibu_suri makan di Sungai Dua berhampiran Nasi Kandar Seven Star. Ternampak gerai menjual nasi Arab. Hurrmmm....

Sudah pastinya aku senyap-senyap cedok daging kambing masak kurma. Tak berani nak uar-uarkan kat ibu_suri. Biar aku test dulu untuk kali kedua. Mana tau...kot-kot ada rasa pening lalat.

Rupanya daging kambing ini banyak khasiatnya seperti catatan di sini. Malah ianya juga adalah makanan istimewa para nabi seperti di sini

8 ulasan:

Kakcik Nur berkata...

Kakcik juga sudah mula menggemari lauk daging kambing sejak makan di restoran nasi arab. :)

_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://s.exps.me

❤Kamsiah❤ berkata...

saya tak makan kambing...bkn kerana terpengaruh dgn momokan boleh naikkan tekanan darah..tp mmg daging bkn pilihan tekak saya...samada kambing,lembu atau kerbau

Ibu n Abah berkata...

IM...
Nasi arab mmg sedapppp
Berasnya pun Dah sedap.. Belum dgn lauk2

Bearcat berkata...

Kan saya dah cakap...Nasi Arab memang sedap :)

ANIM berkata...

saya peminat kambing (daging dan susu nya ya). suami, ada darah tinggi, tapi setiap kali makan bersama saya, dia tetap merasa sedikit daging kambing yg ada dipinggan saya dengan niat, "aku ikut sunnah Rasulullah yg suka makan kambing"..

Jay Ar berkata...

Skrang dah jadi trend di sini setiap kali kenduri termasuk kenduri bersunat pun, mesti ada daging kambing. Dan biasanya ramai yg bertumpu ke situ, maklumlah jarang2 mkn daging kambing (termasuk JR)...

makchaq berkata...

Makchaq suka jugak makan kambing, tak pernah pulak rasapening bila makan, harap2 itu tandanya tak dak darah tinggi.. Malas nak check, dulu ada mesin untuk check, tapi entah mana hilangnya..

Anonymous one berkata...

Dulu masa study saya suka makan nasi arab, satu pingan 10 ringgit..orang lain share saya tidak hahahaha