Kalau dalam program A2G@Mydin aku dilantik sebagai Setiausaha, walimah anak blogger JH yakni Hidayah aku dilantik sebagai Timbalan Pengarah. Alasanya ialah kerana aku adalah jiran merangkap sahabat paling rapat. Keduanya kerana aku sudah ada pengalaman mengahwinkan Angah.
Makanya, aku uruskanlah seperti mana yang dimesyuaratkan sebelum ini. Kenduri anak JH ini istimewanya dirujuk dan dibincangkan oleh rakan-rakan Jamaah IKRAM. Ianya diharap akan menjadi satu role model kenduri yang diurus secara jamaie. Muga dengan cara begini keberkatan dari Allah melimpah ruah.
Agenda bermula dari persediaan makanan semasa majlis akad nikah siang tadi hinggalah kenduri pada siang nanti ditadbir oleh rakan-rakan seperjuangan. Maknanya, JH tak perlu susah payah membanting tulang 4 keratnya. Semua ditanggung beres oleh kesepakatan rakan-rakan.
Aku sebagai orang yang memegang amanah untuk memastikan majlis walimah Nurhidayah dan Quzzaimie berlansung dengan sempurna pening juga mengendalikan kerenah rakan-rakan yang berbagai. Tapi petua aku satu saja:
'Sabar dan tenang dalam apa saja situasi yang mendatang selama majlis kenduri ini berlansung. Jangan cepat melatah!'
Walaupun letih tapi dibaloikan dengan kepuasan!
Walaupun letih tapi dibaloikan dengan kepuasan!
6 ulasan:
Semoga semuanya berjalan lancar IM..
Kesepakatan itu yg buat kakak rasa hotmat dah kagum IM. Syukur masih ada masyarakat yg begini..
Semoga semua urusan membina masjid dipermudahkan Allah....
IM, orang kuat majlis...kena kuat semangat..
IM,jadi TP dapat elaun tak? hehehe gurau jer.
Jzkk IM dan rakan-rakan blogger yang mendoakan. Semoga kalian dirahmati.
Catat Ulasan