Berita tentang Fendi terlibat dengan kemalangan lori langgar lari rupanya memberi impak negatif pada ibu_suri. Seharian ibu_suri berwajah tanpa seri.
Fendi adalah satu-satunya kawan Akhmal yang aku kira ambil berat perihal Akhmal. Semasa Akhmal di mahkamah atau di hospital, Fendilah yang rajin melawat. Walaupun Akhmal kekadang bersikap kasar, Fendi tidak ambil hati lama.
Diberitahu, Fendi kemalangan semasa bekerja menghantar barang dengan motor hari Jumaat sudah. Dia segera dikebumikan di Kampung Pelet, tak jauh dari kediaman aku ini.
bagai anak kecil |
Memang ibu_suri benar-benar murung. Walaupun aku cuba berbuat 'lawak bodoh' semasa membawa dia bersiar-siar seperti selalunya selepas balik kerja tadi, dia tetap membatu di sebelahku.
"Abang seronok ya?" getusnya.
"Yelah... Kalau abang pun sedih macam you, dunia ni jadi sedihlah. Tak ceria. Apa yang kita boleh buat jika Allah sudah pun memanggil dia. Kita doakan saja muga dia sejahtera di alam barzakh."
"Nak bagitau Akhmal macam mana?"
"Yang itu kita fikir kemudian. La ni, kita pi bank dulu; masukkan duit sumbangan untuk tabungan gerakkerja PRU."
Wajah ibu_suri masih suram. Aku tahu, balik nanti dan melihat wajah Marissa - cucunya, suram itu akan beralih. Fendi memang kerap datang ke rumah semasa Akhmal masih ada. Malah tidur dan makan bersama. Tidak heranlah kalau sedikit sebanyak, pemergian Fendi memberi kesan terhadap emosi ibu_suri yang memang dah sedia maklum; kekadang seperti anak kecil...
13 ulasan:
Kasihan Akhmal dan ibu suri tentu sedih dengan kehilangan Fendi, takziah dr AO.
Saya kenal seseorang macam Fendi..buatlah kasar mana pun ttp baik dan tak marah..kalau marah pun kejab..
Budak baik, cepat dipanggil Allah pulang...
Tentu berita ini akan beri kesan keinsafan pd akhmal nanti akhirnya...mudah2 an. Kesian pulak dengan ibu_suri
takziah dan AlFatihah buat arwah Fendi..Kita sayangkan dia, Allah lagi sayangkan dia..Sabar Ibu_Suri yer, Akmal pasti memahaminya.
Sdr IM,
Banyak 'quality time' dalam satu masa. Antaranya, bank in rezeki yg diberi Allah dalam tabung PRU.
Al fatihah unt aruah.
tentunya ibu suri menganggap Fendi bagaikan anak sendiri..al fatihah..
Assalamualaikum
semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang orang yang mendapat syurga Allah nanti
ibu suri memikirkan anaknya tiada teman selepas ini.. tuh yg dia risau tuh..
terkejut , terlampau sayang , perlahan2 dapat terima kenyataan..jiwa keibuan..
terkejut , terlampau sayang , perlahan2 dapat terima kenyataan..jiwa keibuan..
Innalillahiwainnailaihirajiun.... muda lagi Allah dah jemput kembali.
Al-fatihah, semoga Allah letakkan rohnya di kalanagan mereka yg beriman...
bila dah akrab dan erat macam sebuah keluarga..begitu lah terasa kehilangannya. al-fatihah..semoga arwah ditempatkan di kalangan orang yang soleh.
Catat Ulasan