Isnin, 1 April 2013

Mencecer

Sejak minggu lepas bukan main lagi banyaknya bendera biru terpasang di sepanjang jalan ke rumah. Aku tak kisah sangat kerana tahu itu adalah isyarat bahawa rakyat sudah tak sabar lagi hendak mengundi. Dan hak untuk meletak bendera adalah bebas bagi mana-mana individu  yang berjiwa merdeka.

Yang rimasnya ialah melayan kerenah ibu_suri. Mencecer panjang dan tajam bila terpandang warna biru bergantungan. Walaupun aku bagi idea supaya bila terlihat bendera hijau sebutlah 'subhanallah'; bila terlihat bendera biru sebutlah 'astaghfirullah' dia ingat sekejap saja. Lepas tu.....

"Paling tidak dapat juga pahala zikir." ujarku.

Tadi aku pergi ke kenduri di Permatang Pasir, Balik Pulau. Situ, lagilah banyak bendera biru. Berbanyak sabarlah aku memegang stereng. Kalau tidak mahu U-turn sebab lemas dengan mulut ibu_suri yang pok pek pok pek di sepanjang jalan. Naik bingit telinga. Bila begitu aku lebih banyak diam.


Ke Permatang Pasir itu kerana jemputan kenduri sempena mak mertua dan beberapa orang saudara yang akan berangkat menunaikan Umrah pada 11 April ini. Mereka ada ajak dan mahu sponsor ibu_suri untuk pergi bersama tapi ibu_suri menolak dengan alasan susah kalau aku tak pergi bersama. Siapa nak urus kebajikan dia nanti.

Memang aku ada rancangan untuk pergi. Cuma bila sesekali fikir, kalau bawa ibu_suri bersama, macam mana nak urus dia. Sedangkan di rumah yang segala keperluan selesa ada pun naik letih aku dibuatnya!

9 ulasan:

ahmad humairi berkata...

Assalamualaikum,

Sepanjang jalan ke sini.....dok terpandang bendera warna-warna tu aje....lama sungguh x ke sini.

Kakcik berkata...

Di Kuala Kangsar, kakcik ternampak bendera bewarna merah dengan lambang penumbuk! :)

❤Kamsiah❤ berkata...

kerana warna bendera,ramai juga yg berbalah..

smbotak berkata...

sabar je la. tapi elok jugak nasihat tu, sebut `subhanallah' dan `astaghfirullah'...

makchaq berkata...

Kat tempat makchaq bendera biru yang digantung sampai dah naik buruk koyak rabak..

hari mengundinya tak tau bila..

Jay Ar berkata...

Jalan masuk ke rumah JR penuh dengan bendera hijau dan bendera yg macam imej mata. Bendera biru ada sikit2 aje.Depan pagar rumah JR pun ada bendera hijau...

ANIM berkata...

kat padang tembusu, sp ni..depa letak bendera kat kawasan perkuburan di tepi jalan lagi. tak taulah nak pikat pengundi yang duduk mana

Anonymous berkata...

bijak dan kreatif, anda memberi cadangan agar memberi reaksi dengan zikir. memang letih namum pasti ganjarannya setimpal bila segalanya hanya keranaNYA. anda akan berjaya inshaaAllah.

Anonymous berkata...

tak payahle nak marah pd bendera...kita ni yang dok kutuk2 orang kan dapat dosa.