Riuh rakan-rakan sekerja bila dapat tahu parlimen sudah pun bubar. Aku ketawa saja bila bertanya; " Hang ngundi kat mana? "
Bila aku menjawap; Bayan Baru, mereka menyindir aku; " Apa raa.... Duduk kat Permatang Pauh awat mengundi tang ni? "
Aku pun tak tahu kenapa masih belum menukar tempat membuang undi. Macam sesi lepas, PRU kali ini aku akan ambil cuti. Aku memang dah mula berjimat cuti sejak beberapa bulan dulu lagi.
'Satu hari cuti sebelum mengundi. Sehari cuti selepas mengundi. Kalau menang, cuti tambah cuti sehari lagi agaknya... ' bisik hatiku!
baru lepas mengundi PRU 2008 |
Aku harap PRU ini berlansung dalam suasana harmoni tanpa kejadian negatif. Aku beritahu ibu_suri;
" Malam ini dan malam-malam seterusnya hinggalah selesai PRU, abang akan ada meeting selalu. 'You duduk rumah. Doa banyak-banyak supaya kita menang, ok!' "
" Malam ini dan malam-malam seterusnya hinggalah selesai PRU, abang akan ada meeting selalu. 'You duduk rumah. Doa banyak-banyak supaya kita menang, ok!' "
9 ulasan:
Kakcik belum pasti sama ada akan mengundi atau tidak...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
serba salah nak mengundi kalau dua dua calon bukan calon muslim , dan dua dua parti pula parti yang kita TAK sokong
Kak Cik,
Jika tidak terlalu uzur, mesti laksanakan juga sebab tanggungjawap kita untuk anak cucu kita bermula di sini. Jika kita tidak pilih atau silap pilih, anak cucu kita adalah mangsa.
pB,
Nanti IM letak satu panduan untuk membuat pilihan undi. Kita jangan pandang secara singkat tapi kena lihat jauh-jauh.
Adik IM dulu pun mengalami keadaan serba salah bila 2-2 calun adalah bangsa Cina. Dia tidak tahu adanya konsep alawiyat dalam Islam.
Anak sedara JR yg baru layak mengundi tahun ini mempunyai konsep mudah sebagai pengundi, katanya dia akan mengundi sesiapa saja walaupun calonnya seekor siput babi asalkan calon itu ada sijil ABCD (Asal Bukan Cap Dacing)...Lawak juga falsafah generasi baru kini...
Doa banyak-banyak supaya kita menang, ok!' "
ok!!
JR,
Memang, PR banyk dibantu oelh undi generasi baru. Generasi IM ni mungkin masih ada yang AU.
Mario,
Usaha dulu kemudian doa. Itulah tawakkal namanya!
in shaa allah..saya bakal mengundi di teluk air tawar. pun tak pernah teringat nak tukar tempat mengundi...
Insya Allah kemenangan menyusul berkat doa rakyat marhain
Catat Ulasan