Semalam, semalaman aku berjaga kerana menyiapkan blog calun Parlimen Balik Pulau - Hj Bakhtiar. Hanya masuk tidur seusai solat Subuh.
Fanpage |
Alhamdulillah, siap sepenuhnya dan kini diperingkat kemaskini sehinggalah tamat PRU13. Blog calun DUN Pantai Jerejak kini diamanahkan kepada anaknya untuk kelansungan.
Lebih tenang buat kerja di tengah malam sebab ibu_suri sedang tidur. Percaya atau tidak, udah 2 hari berturut-turut ibu_suri tidak boleh tidur walau sepicing. Bimbang juga aku akan paras darah tingginya yang mungkin akan naik. Justeru itu bila malam semalam dan siangnya ibu_suri seperti mengqada'kan tidur, aku biarkan.
Lagipun kalau dia jaga, aku takkan dapat tumpu pada penyiapan blog. Ada saja rengeknya. Ke bilik air hari ini saja agaknya dah 10 kali. Akulah yang kena bantu dia pimpin ke bilik air dan istinja'.
Hari ini juga giliran bersih dan kemas bilik. Bilik ini kalau tidak setiap minggu dikemas akan berhabuk. Ini tentu akan merencat keselesaan ibu-suri.
Hajat hati nak memasak untuk makan tengahari terbantut. Aku hanya terbangun dari tidur bila terdengar azan Zohor..
Ada satu lagi blog yang aku kena buat iaitu blog calun DUN Sungai Aceh, Nibong Tebal - Ustaz Fahmi. Hanya sekadar ini ahaja yang boleh aku infaqkan tenaga ke arah gerakkerja PRU. Aku tidak mampu seperti rakan lain yang 2 hari lalu berkampung di markas kerana menyiapkan bahan cetak dan ada yang membuat gerak gempur di kawasan kelabu.
Kepala aku dah mula rasa berdenyut. Aku nak pi tidur. Esok kena bangun pagi - kerja!
3 ulasan:
Assalam. Nampaknya ada peluang tidur terganggu dengan kerja-kerja yang dilakukan masa ini. Pastikan cukup tidur, IM. Semoga kesihatan juga terjaga.
Dgn usia yg semakin meningkat kita mudah diserang penyakit jika tidak mendapat rehat dan tidur yg mencukupi..Harap perjuangan IM dipermudahkan Allah dan akan membuahkan kejayaan...
Sdr IM,
Niat baik, lima tahun sekali....
Catat Ulasan