Ahad, 7 April 2013

Ragu-Ragu

Beberapa orang bertanyakan aku tentang keraguan mereka hendak memilih calun parti mereka terutama jika calun parti lawan adalah Melayu sementara calun parti mereka adalah Cina. Malah semasa beberapa PRU lepas adik aku sendiri menalipon aku bilamana di Ipoh, kedua-dua calun parti adalah Cina.

Sebenarnya ilmu berpilihanraya ini perlu dimengajikan juga. Jangan main ikut orang semberono. Kita mesti mempunyai pegangan kita sendiri dalam memilih calun yang akan mewakili kita di peringkat kepimpinan negara.

Disini aku letakkan 2 foto yang aku rasa boleh memandu pendirian kita dalam membuat keputussan siapa yang perlu kita pilih nanti. Selebihnya itu, banyakkanlah membaca.



Berhati-hatilah memilih barisan kepimpinan masa depan kita. Jangan pula ada yang mengambil sikap tidak mahu turun mengundi kerana 2-2 calun itu tidak secocok di hati. Sikap berlepas tangan itu adalah satu kesilapan besar!

Undi kita hari ini bukan untuk kita akan tetapi untuk masa depan anak cucu kita. Jangan zalimi mereka!

8 ulasan:

smbotak berkata...

Sekarang ni tahun 2013, kenapa bangsa masih lagi menjadi tembok pemisah paling utama. Masa depan anak2 kita lebih besar daripada persoalan 'cina-melayu'...

Anonymous one berkata...

calun saya ok dah IM hehe

insan marhaen berkata...

smbotak,
Ya... IM juga slogan 1 Malaysia. Cuma hakikatnya ia hanya retorik dan tidak pada praktikalnya termasuklah sikap tuan punya slogan!

AO,
Calun apa tu? He..he..

ANIM berkata...

saya mengundi di johor dan selalunya berdepan dgn isu yg IM perkatakan..

S..U..D..@..I..S berkata...

pilih yang membela dan menguntungkn anak cucu kita

Jay Ar berkata...

Saya tak mementingkan bangsa ketika mengundi, kerana bila kita mati nanti pun tiada malaikat yg akan bertanya apa bangsa kamu..Saya dlm hal ini lebih tertarik kpd pandangan Dr Zahiruddin dan konsep MOUnya. Sebagai org kurang ilmu agama, saya akan berasa lebih selamat berada di bawah parti yg dinaungi ulamak dan jika ada calon bukan Islam, saya akan pastikan calon bukan Islam itu ada MOU atau pautan dengan pihak yg dinaungi ulamak...

keluarga-amri berkata...

Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

insan marhaen berkata...

Anim,
Gunakan kebijaksanaan. Rasanya kalau orang kampung atau anak muda yang jadi pelayan gerai makan kat tempat IM tahu parti mana yang mereka sokong, inikan pulakmmereka-mereka yang dewasa dan berkerjaya.

sudais,
betul tu. jangan cuma nampak kepentingan diri kita sahaja.

JR,
ulama pun kena pastikan yang macamana. Ada ulama haluan kiri dan haluan kana.

Yang tak tentu hala pun ramai juga