Doktor India yang memegang kes ibu-suri sejak dari mula dia diwadkan itu kemudiannya menjalan ujian imbasan ke kepala ibu-suri.
Aku tidak sempat melihat bagaimana ujian imbasan itu dibuat. Aku hanya diberi penerangan lewat imej x-ray yang menunjukkan ada banyak spot kecil-kecil di merata urat saraf dalam kepala ibu-suri. Spot kecil itulah blood clot yang kemudiannya membuatkan darah tidak sampai ke penghujung perjalanan darah hingga menyebabkan sebahagian dari otak ibu_suri rosak. Itulah Ahmar jenis ringan ( mild stroke ).
Akibatnya, ibu_suri terpaksa memakan berbagai jenis ubat termasuk antaranya yang mengandungi Gingko Biloba. Ubat-ubat ini memang mahal. Aku bernasib baik kerana kos rawatan ditanggug oleh insuran tempat kerja. Tapi selama mana?
Jadual hidup aku memang lintang pukang. Makaan tidur tak menetu. Banyak masa habis dengan ke hulu ke hilir menjaga rumah dan kerja. Kebetulan di tempat kerja, aku berdepan dengan customer claim. Kalian yang bekerja di syarikat swasta tentu faham bila ada kes customer claim ni. Tak lena tidur memikirkan bagaimana cara nak menjawap isu tersebut.
Wajah aku memang selalu sugul. Semua hubungan aku dengan aktiviti jamaah aku buang begitu saja dari kepalaku yang kini hanya fokus kepada ibu_suri semata-mata. Dunia yang aku sedang berdepan sekarang ini memang terlalu asing dan sunyi.
Aku bertanya kepada beberapa orang tentang bagaimana menghadapi individu yang mengidap stroke ini tapi rata-rata jawapan itu tidak seperti yang aku harapkan. Bila beritahu saja yang ibu_suri menghidap stroke mereka akan susuli dengan pertanyaan lain;
'Lumpuh sebelah kiri ke kanan?'
Sedangkan realiti yang aku hadapi ialah.... ibu-suri seperti bertenaga Badang. Kuat, agresif, bengkeng dan mudah mengamuk tak tentu pasal.
1 ulasan:
sy kehilangan kata2 sebaik menghabisi catatan ini.. bersabarlah..
Catat Ulasan