memang selalu berdeklamasi di dada
ntah kenapa
tak tertulis ke dada komputer.
Sebabnya,
bukan semua sajak itu indah baitnya
bukan juga sedap rimanya.
Kebanyakan sajak yang terperosok di dada
adalah sajak-sajak lama
yang huruf dan tintanya
sudah kembang
dek lamanya basah oleh airmata.
~ insan marhaen ~
4 ulasan:
saya juga menulis sajak..untuk bercerita soal hati.. memang ia sedikit membantu meringankan beban perasaan..
errr.. turun ke padang merbok nanti bang hihihi..
sebaiknya diluahkan saja IM daripada ianya membeku di dalam dada.
Salam kunjungan sahabat. Kekadang meluahkan apa yang terbuku di hati itu penting kerana ada mesej yang ingin dirakyatkan kepada khalayk
Setiap ketika kaki berjalan, bersajaklah hati bertajukkan perjalanan itu. Usah digunungkan di hati, kerana itu adalah tekanan. InsyaAllah, di kalangan ramai yang sudi mendengar, ada juga yang membantu kita, walau sedikit. Pak Temuk yakin, IM akan terus bersabar dan berusaha.
Catat Ulasan