Selasa, 20 Ogos 2013

Sambung Puasa


Aku akan sambung semula puasa 6 untuk hari yang ke5. Sorang sajalah nampaknya sahur nanti sebab ibu_suri dah pun selesai dan beRaya Ahad lepas.

Kerja nanti aku akan memandu bersaorangan sebab JH akan bertugas di RSK. Mungkin kesempatan esok boleh aku ambil untuk ke pasaraya Sunshine untuk membeli sedikit keperluan alatulis.

Beberapa hari ini aku rasa badan agak lemah. Tak tahu kenapa. Makan lebih sikit rasa macam nak termuntah. Tapi kebajikan ibu_suri tetap kena diurus tanpa gagal. Walau sakit atau resah bagaimana sekalipun aku mesti tunjuk muka manis dan senyum di depannya. Tidak dapat berkongsi dengan sesiapa.

Begitu juga hasil dari pemeriksaan kesihatan yang aku jalani kelmarin di Klinik Bersatu. Pemerhatian doktor yang mengatakan aku ada sedikit tanda-tanda darah tinggi itu sedikit menggusarkan. Namun aku tidak dapat berkongsi dengan sesiapa sebaliknya memendam sendiri.

Tak mengapa. Yang penting ialah berusaha menjaga kesihatan secara konsisten disamping terus beramal. Kok manapun, kita bukannya akan menongkat langit ini selamanya!

3 ulasan:

Kakcik Seroja berkata...

Kakcik masih tertunggak sehari lagi. Hari ini pejabat buat jamuan hari raya pulak...

Kamsiah yusoff berkata...

makin meningkat usia kita,penyakit pun makin galak bertandang...

insan marhaen berkata...

kakcik,
ari ni kensel puasa. tetiba masa kerja tadi IM teringin makan bersama kawan.

insyaAllah, esok IM teruskan. Mesti habiskan dalam minggu ini.

kamsiah,
kekadang fikir bagus juga. baru kita ingat pada Tuhan dan usaha menjaga kesihatan.

kalau segar bugar je walaupun dah tua, kita akan sombong pula.