Rabu, 27 November 2013

Habbatus Sauda

Seperti yang aku rancangkan; gaji hujung bulan ini aku akan mulai beli Habbatus Sauda sebagai makanan tambahan. Habbatus Sauda adalah penawar segala penyakit kecuali mati; begitu sabda nabi.

Aku singgah kat Ayam Ori, Kubang Semang. Mulanya aku ingatkan nak beli jenis yang sama seperti blogger JH biasa beli yakni dalam bentuk kotak. Memang ada tapi keluaran PharmaNiaga.

"Satu jenis saja ke?" Aku bertanya pada gadis yang jaga kedai yang sarat dengan pelbagai makanan kesihatan Halalan Toyyiba ini.

Segera dia keluarkan beberapa jenis botol. Ada yang kecil ada yang debab. Aku belek-belek jenamanya. Haa... Halagel. Terus aku tertarik.

Aku masih ingat bahawa pengasas Halagel dan HPA adalah sahabat baik. Mereka saling berusaha memartabatkan produk kegunaan Muslim.

Sebotol berkuantiti 60 biji berharga RM30 sementara kuantiti 120 biji berharga RM50. Fikir punya fikir aku ambil sebotol berkuantiti 6o biji.

"Cuba try dulu..." fikirku.

Aku pernah beritahu pada kawan-kawan secara berseloroh bahawa aku sekarang ini makan seperti orang kaya. Semuanya berharga mahal. Selepas habis oat bran yang aku makan sekarang ini aku bercadang nak beli BG22 pula. Kalau tak salah aku, yang ni lagi nala punya harga...

4 ulasan:

sud@is berkata...

mai kita pakat makan ubat sgla ubat ni, mudahan ada keajaibanya tawakaltuaalallah

Nor Azimah Ali berkata...

tu la kita nikan, dah sakit baru nak ingat nak berjaga-jaga, sebab tu Rasulullah kata banyak penyakit asal dari perut..

JR berkata...

Adik ipar saya yg kerja dekat UUM mendapatkan habatussauda dari student Arab, kononnya ia lebih ori dari yg di jual di pasaran Malaysia...

insan marhaen berkata...

sud@is,
boleh dikira IM dah sikit lewat dari mengamalkan pemakanan ini tapi masih berkesempatan...

nor azimah,
IM...

'dok perati perut yang sedikit gendut'

JR,
Apa maksud lebih ori? atau mungkin lebih berkhasiat. macam madu biasa dengan madu lebah tualang, agaknya...