Rabu, 13 November 2013

Santau?

Aku bukan kepalang terkejut bila mendapat tahu adik lelakiku - Napi, kemungkinan besar disantau.

"Saya batuk darah. Bila rujuk hospital, doktor kata saya sihat. Tak ada apa-apa masalah." terang Napi.

Nampaknya ahli keluargaku sekarang ini mulai mengalami gangguan kesihatan atau lebih tepat dugaan Tuhan seorang demi seorang.

Bermula isteriku di serang stroke yang membawa kepada gangguan emosi/mental, emakku pula lumpuh sebelah kiri badan. Kemudian adikku Darul yang tinggal di Kulim kemalangan yang membawa kepada keadaan tidak stabil pada fizikal diri. Kemudian adik perempuanku Niza disahkan menghidap kanser usus yangmana sekarang dalam proses kimoterapi.

Kini Napi pula seakan tidak percaya aku, berkemungkinan besar disantau. Kata Napi, santau itu dah lama mengena dirinya cuma baru sekarang ini terasa.

Tadi sewaktu menaliponnya, dia memendekkan perbualan kerana katanya dia terasa lemah dan mahu baring.

Bagai terasa diri ini mahu terbang ke kampung bagi melihat keadaan diri Napi yang sebenar. Aku kira, napi tak boleh dibiarkan lama dan mesti dirawat segera. Bagaimana....? Aku tak tahu. Dalam bab santau-mantau ini aku terlalu baru.

Aku teringat blogger Warna-Nostalgia yang pernah mengalami keadaan ini lewat isterinya yang meninggal dunia juga dipercayai kerana santau. Akan cuba minta pandangan beliau.

Aku harap aku dapat berbuat sesuatu untuk adikku! Doakan untuk kami... ya!

8 ulasan:

JR berkata...

Cerita IM tentang adik IM itu mengingatkan saya kpd seorang kenalan yg terkena santau. Puas dia berubat dgn hospital (yg menyatakan dia mungkin terkena jangkitan paru2, walaupun x-ray tidak menunjukkan kerosakan paru-parunya), tapi masih tak mau baik. Akhirnya dia meninggal dalam keadaan misteri.

Sekarang saya dengar banyak pusat ruqyah yang mempunyai kepakaran mengubati penyakit santau ini. Mungkin di Penang juga ada. Kalau di Kedah, salah satu yang popular ialah Pusat Rawatan Islam Darul Ruqiyyah yang terletak di Bukit Jenun, Pendang yang dipimpin Ustaz Mohamad Suhaimi bin Rozali. Ustaz Mohamad Suhaimi ini agak popular kerana sudah banyak kali muncul di TV. Esok (14.11.13) juga kalau tak silap dia akan muncul di rancangan 'Wanita Hari Ini' TV3 pukul 12.00 tengahari. Ustaz Suhaimi juga mempunyai blog sendiri yang boleh IM lawati: darulruqiyyah.blogspot.com.

Semoga adik IM tabah menghadapi ujian Allah ini...

Tanpa Nama berkata...

betul tu, rawatan jenis macam ni jadi pilihan untuk orang terkena buatan orang

ANIM berkata...

Kadang2 kita sendiri seboleh2nya nak nafikan penyakit2 sihir, dibuat orang ni. Nak berbaik sangka saja. Tapi sihir dan santau ni memang wujud. Kalau bukan untuk kita, mungkin bertujuan untuk oranlain, tuan kedai makan yang kita singgah contohnya, kena kat pelanggan. Ada pula kata nak cuba ilmu. Masa tinggal di johor, di selangor jarang dengar IM. Bila mai Utara, baru tau dan faham. Patutlah depa tak makan kat kedai makan sebarangan. La ni, banyak perubatan Islam. Cubalah rujuk kat depa. Semoga Allah permudahkan urusan.

Kamsiah yusoff berkata...

begitu berat ujian yg diturunkan...emak,isteri,adik2...ya ALLAH..hanya DIA yg tahu..

Bearcat berkata...

IM, di Bertam ada ustaz yang boleh merawat santau. Kaedah rawatan Islam.

sud@is berkata...

Belum terlambat sahabatku, selagi ada ruang dan peluang kita berusaha INSYAALLAH moga dipermudahkan urusan disembuhkan penyakit dan dijauhkan dr segalan bencana..AMINNN.
Boleh cuba cadangan en. Bearcat

faizah berkata...

Sy doakan mdh2an adik IM bertemu penawarnya... dan beransur pulih.

Nor Azimah Ali berkata...

Sabar yea..hanya ini yang mampu saya ucapkan