Selasa, 19 November 2013

Ziarah Blogger Warna-Nostalgia

Bila dapat tahu blogger Warna-Nostalgia di wadkan di Hospital Pantai Bayan baru, aku segera mengajak blogger Jendela Hatiku menziarahi. Khabarnya dia mengalami sakit lutut yang teramat hingga terpaksa berkejaran ke sana.

Seronok bila dapat bertemu dengan rakan seperjuangan yang dah lama tak bersua empat mata. Sekadar hanya membaca di FB dan blog sahaja.

Kami dulu sesama aktif menubuhkan kumpulan nasyid Muhajjir. Blogger WN adalah pemain bonggo dan pencipta lagu. Dia juga sesekali menjadi vokalis. Sementara aku menulis lirik dan bersama blogger JH sekadar menjadi suara harmoni.

Bercerita tentang kenangan masa lalu memang mengujakan. Seperti mahu kembali semula ke zaman silam dan menikmati detik-detik kembara kami membuat persembahan ke serata tempat sedari Pulau Pinang, Kedah dan Perak.

Kiri: blogger WN dan JH

Sempat kami mengingat semula nasyid pertama kami: WARNA KEHIDUPAN ciptaan blogger WN dan lirik oleh aku sendiri yang masa itu mengguna nama samaran - hafinah. Nasyid ini menceritakan tentang jenis remaja yang suka membuang masa berpeleseran. Ilhamnya aku dapat ketika menunggu dalam kereta sementara ibu_suri shopping kat Kamdar, Pekan Baru, Ipoh.

Kemudian teringat lagu KU POHON HIDAYAHMU yang liriknya aku tulis sempena vokalis kedua kami dimasa itu - Mohd Radzi terlantar di hospital.

Di bawah ini adalah nyanyian semula oleh blogger WN yang aku ambil dari FB beliau. Lagu ini bertajuk IBU ciptaan blogger WN sementara liriknya oleh vokalis ke 3 kami - Azim.


Didoakan muga blogger WN segera sembuh dan kembali menjalani kehidupan dunia bagai sediakala....

8 ulasan:

Kakcik Seroja berkata...

Semoga Ariff Budiman segera sembuh sepenuhnya.

Amin.

Ariff Budiman berkata...

Terima kasih Insan Marhein kerana sudi datang ziarah

Unknown berkata...

Semoga beliau cepat sembuh.Amin

ANIM berkata...

semoga blogger Warna Kehidupan cepat sembuh..amin

p/s nanti saya jengok blog depa yang IM link. saya nak gerak ke sekolah pagi ni..

JR berkata...

Semoga WN cepat sembuh dan Allah permudahkan segalanya. Tak sangka pula IM dulu pernah anggotai kumpulan nasyid. Saya juga dulu masa muda2 pernah jadi vokalis band ofis kami, hehehe....

Kamsiah yusoff berkata...

IM...suara masih maintain mcm dulu ke..:)

radziah AR berkata...

Terima kasih krn melawat blog saya. Alhamdulillah, IM kembali. Sejak tutup blog hari tu, saya tak dpt lagi berita tntg IM. Saya juga tidak tahu bila blog ni dibuka kembali...
Selalu mengingati tntg pengorbanan IM dalam rumahtangga, saya jadikan panduan...

insan marhaen berkata...

kakcik,
sesama kita doakan.

arif budiman,
hari ini hari WN. esok lusa mungkin hari IM.

ujang kutik,
cepat sembuh dan kembali aktif berblog.

anim,
aaiii... sebelum pi sekolah pun sempat jenguk blog IM?

JR,
darah seni IM ini mewarisi darah seni abah IM..

Kamsiah,
ha.. ha.. suara orang tua. cepat semput.

radziah,
menulis adalah candu dalam hidup IM. insyaAllah, IM akan terus menulis, merakamkan kisah suka duka hidup IM sebagai sebuah biografi.