Aku berangan-angan untuk seorang diri riadah di tasik Mengkuang. Tapi Allah tak izin agaknya, ibu_suri yang tak tidur semalaman tiba-tiba mahu ikut sama. Susah untuk aku katakan jangan; jadi aku iyakan saja.
Bila begitu, persiapan untuk dia saja akan memakan masa. Kena sediakan makan supaya selepas itu dia boleh makan ubat dan sediakan pakaian apa yang dia nak pakai.
Kena pula ke kedai tepi perhenian bas pekan Penanti untuk belikan akhbar buat pembacaannya sementara menunggu aku di kereta. Sebaik saja sudah siap memakai kasut tiba-tiba;
"Abang.... cepat sikit ya. I rasa sakit perut...!"
Uuhhh.... angin dalam badan aku mulalah nak naik. Tapi tak terkeluar sepatah pun perkataan dari mulut. Tak mahu keruhkan suasana. Lagipun aku tau, bab sakit perut ni kerja Tuhan. Dia tak kira masa dan di mana kita ketika itu.
Aku pasrah saja tinggalkan dia di kereta. Sambil membuka lagu kat handset, aku berjalan cepat dan kekadang berlari anak. Tak ramai sangat orang sebab jam dah pun 9 pagi lebih. Memang gitulah kalau ada ibu_suri dalam agenda riadah pagi aku ini.
Lepas riadah aku ajak pergi makan. Dia tak mahu. Aku tinggalkan saja di kereta sementara aku minum. Tapi tak rasa santai juga sebab bimbang dia di kereta..... ntah apa jadinya nanti. Aku kembali ke kereta.
Sambil memandu aku terkenang hari-hari mendatang. Aku teringat mak di kampung dan teringat anak-anakku.
Dan aku juga teringat cerita kawanku di lokasi kerja semalam. Cerita dia berjaya menurunkan tahap LDLnya dari 5 kepada 3. Rupanya dia amalkan memakan minyak zaiton dah hampir setahun. bila aku tanya kenapa tak makan oat jawapnya... dia ada masaalah resdung yang kronik. Memakan oat memudaratkan dia.
Gitu pula!
4 ulasan:
Bagus IM...rajin bersenam. Semoga Allah berikan kesihatan yang baik buat IM dan Ibu suri :)
Kalau saya bersenam sebelah pagi sebelum pukul 8 pagi, kalau pukul 9 dah panas, malas pula...Tapi setiap orang ada masalah tersendiri, ujian Allah dalam bentuknya yg pelbagai...
Seronok beriadah ni, tambah di awal pagi suasananya sunyi.
baguslah IM sntiasa beriadah walaupun mempunyai kengkangan.......
Catat Ulasan