Isnin, 30 Disember 2013

Jam Hijra Dan Kakcik Seroja

Aku ada beli jam jenama Hijra yang baru. Tapi ntah kenapa, bila beberapa kali memakainya rasa tak berkenan. Saiznya agak kecil dan seperti tak sesuai dengan pergelangan tangan aku. Inilah akibatnya kalau membeli melalui katalog FB tanpa melihatnya secara fizikal terlebih dulu.

Sewaktu memandu ke Tasik Mengkuang, aku berfikir-fikir; nak buat apa dengan jam itu. Takkan nak simpan saja? Atau nak jual pada orang lain?

Tiba-tiba aku teringat pada anak saudaraku - Ucop. Antara ramai anak saudaraku, Ucop ini agak lain sikit karektornya. Dia tampak matang. Menjadi pelajar terbaik di sekolahnya. Menjadi ketua kelas disamping rajin ke masjid. Dia adalah anak kepada adikku Duyah yang bertanggungjawap menjaga mak aku di kampung. Hmmm... rasanya rezeki dialah jam tangan Hijra aku ini!

Setibanya aku di Tasik Mengkuang, angin mula bertiup agak deras. Aku agak mungkin tanda hari akan hujan. Tatkala menyarung kasut usang aku, tiba-tiba talipon aku berbunyi. Hah! blogger Kakcik Seroja nak berjumpa aku. Huu.... Macam mana ni?

Aku suruh dia datang sahaja ke tempat aku berjogging ini. Boleh juga anak-anak dia melihat-lihat tasik dan bermain dengan ikan-ikan, bisik hatiku.

Seronok dapat berjumpa dengan KS walaupun rupanya datang berdua sahaja dengan suami. Walaupun asalnya aku rasa amat segan tapi sikap mereka yang santai buat aku rasa tidaklah kekok. Aku tahu mereka mahu singgah ke rumah tapi rumah aku .... alahai.... Sembang-sembang kat gerai di Tanah Liat sajalah nampaknya.

Sayangnya, aku tak bawa ibu_suri bersama tadi. Dia masih tidur semasa aku keluar. Memang, kalau ibu_suri tidur aku tak akan ganggu. Lagipun, aku lebih suka keluar jogging sendirian. Mahu tenteramkan jiwa dan rehatkan pemikiran buat seketika.

Semawa KS makan peknga. Mulanya aku ingat, akulah yang nak belanja selaku tuan rumah tapi sebaliknya KS yang bayar semua. Hu..hu.. Tengkiu sajalah!

Setelah KS pamit, aku pergi berjumpa adikku Mamat yang kebetulan datang dari kampung melihat mertuanya di Permatang Janggus. Jam Hijra itu aku kirim kepada Ucop melalui Mamat.

Jangan bagitau ibu_suri pasal jam ini dah diberi pada Ucop ya. Nanti kalau ibu_suri tanya, aku akan beritahu dia - dah dipulangkan balik pada tuannya.

Betullah tu, kan....!

5 ulasan:

Kamsiah yusoff berkata...

saya yg dok dekat dgn IM ni pun ntah bila boleh jumpa..teringin nak jumpa ibu-suri..

Kakcik Seroja berkata...

Alhamdulillah. Akhirnya niat kakcik nak berjumpa IM terlaksana juga. :)

JR berkata...

Saya dah lebih 4-5 tahun tak pakai jam, tengok waktu melalui henset aje...

ANIM berkata...

Seronoknya pertemuan di kawasan hijau dan akhirnya menikmati pek nga, IM...

TiranaAduka berkata...

pengalaman yg manis dpt bertemu dgn rakan blogger