Jumaat, 20 Disember 2013

Pagi Jumaat

Baru tahu rupanya Pak Hassan dah pun meninggal dunia seminggu lalu. Berita itu heboh di whatsapp tapi aku yang tak miliki kemudahan itu... ketinggalan. Aku dapat tahu pun semasa usrah tadi. Innalillah!

Pak Hassan adalah salah seorang dari rakan seusrahku di Surau Taman Pelangi. Beliau adalah imam di surau itu. Umur Pak Hassan adalah 63 tahun. Orangnya jujur dan lurus. Awalnya di disyaki menghidap sakit thyroid. Akan tetapi bila diperiksa lebih lanjut rupanya dia menghidap kanser tahap 3.

Sewaktu kami ziarah beliau di wad Paliatif, Hospital Pulau Pinang Jalan Perak malam Jumaat lepas, beliau memang dah sedikit nazak. Mulutnya di pasang alat bantuan pernafasan. Badannya kurus dan cengkung. Dadanya berombak-ombak menghela gelombang pernafasan. Matanya berair; agaknya menahan sakit.

Kami mengelilinginya membaca Yassin. Sanak saudaranya memang ramai yang datang mengelilingi. Wad yang memang tidak ramai pesakit itu sunyi kerana hari dah jauh malam. Khabarnya, doktor ada memberi cadangan supaya dinyahkan alat bantuan pernafasannya tapi mungkin tidak diizin oleh keluarga terdekat.

Esok paginya jam 4, beliau menghembuskan nafas yang terakhir. Pagi Jumaat. Pagi penghulu segala hari.

Muga roh beliau di cucuri rahmat Allah. Al Fatihah!

7 ulasan:

Kamsiah yusoff berkata...

al fatihah...
pengakhiran hidup kita pula..bagaimana..?

Nor Azimah Ali berkata...

Al Fatehah

pergi di pagi jumaat, bagusnya..
moga kita pun diterima Allah sesuai dengan amal dan ikhlas kita

Kakcik Seroja berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Kakcik Seroja berkata...

Innalillahhiwainnailaihirojiun.

Al Fatihah.

Kakcik juga masih di wad sekarang kerana doktor mengesyaki kakcik ada penyakit thyroid.

insan marhaen berkata...

kamsiah,
ntahlah.... muga yang terbaik Allah berikan buat kita. Mudah pergi dan tidak menyusahkan kaum keluarga untuk menguruskannya.

nor azimah,
pagi Jumaat dan seumur dengan Nabi kita. Muga Syurgalah tempat beliau!

Kak Cik,
Allahuakbar! Muga kak cik sabar, tenang dan segera sembuh.

JR berkata...

Al-Fatihah...semoga rohnya dicucuri rahmat dan diletakkan di kalangan mereka yang beriman...

JR berkata...

Al-Fatihah...semoga rohnya dicucuri rahmat dan diletakkan di kalangan mereka yang beriman...