Ahad, 19 Januari 2014

Heran

Benarlah jika timbul istilah membusuk dari kepala ke usus.

Itulah yang aku alami, lihat dan rasai sendiri bilamana terkejut dari tidur jam 5 pagi oleh bunyi talipon. Akhmal ditahan oleh petugas keselamatan taman kerana disyaki bersekongkol dengan pencuri motor lantaran terjumpanya pemutar sekeru jenis T di raga motor.

Setelah di bawa ke Balai untuk dibuat laporan, kemudian dibawa ke IPD untuk ujian air kencing yang kemudiannya...

"Ayah, ..... heran?"

Ya... aku juga rasa begitu.

Ntahlah.... Rasanya sebagai ahli masyarakat yang rindukan persekitaran yang harmoni dan negara yang berkualiti taraf sosial dan gaya hidup, terlalu banyak yang perlu diperbetulkan. 

Setakat slogan yang bombastik; akan tidak ada rasa malu oleh murbawan mengekek. Jika beginilah selamanya, takkan kemana-mana, kita....

8 ulasan:

JR berkata...

Dlm kereta saya pun ada skrew driver & pelbagai alat utk kemudahan jika terjadi kecemasan. Jika semuanya nak dikaitkan dgn jenayah, jika hidup hanya dipenuhi syak wasangka susahlah...

Tanpa Nama berkata...

semua manusia memang pernah buat kejahatan, tapi tak selamanya busuk. dan semua yang disangka wangi tu tak semestinya bersih!

buat masa ni dia memang perlukan sokongan abang IM. kena tunjukkan pada dia yang keluarga sentiasa ada di sisi. baru la dia akan berasa yakin.

~tadi ada taip komen yang agak emosi, tapi dipadam semula...

Kayu Manis berkata...

salam kenal

Kakcik Seroja berkata...

Apa yang 'heran' tu?

Kakcik kurang faham....

insan marhaen berkata...

JR,
Kita orang tua mungkin orang tidak syak tapi kalau remaja ditahan pada jam 3~4 pagi, usahkan petugas keselamatan, saya pun akan asda syak wasangka.

Apa-apa pun 'heran' saya itu bukanlah kepada petugas keselamatan.

smbotak,
Anak IM yang sorang ni memang bermasaalah.

Tapi insyaAllah, IM akan cuba sedayaupaya menjaga dan memperbetulkannya.

IM percaya setiap sesuatu itu ada hikmahNya...

Knor,
Salam kenal juga. TK kerana singgah.

kakcik,
penulisan ini memang sengaja ditulis secara kiasan. Tak boleh ceritakan apa yang sebenarnya berlaku di sebalik 'heran'nya IM itu.

pssttt...psstttt...Sensitif!

Kamsiah yusoff berkata...

depan rumah bapa sedara suami saya kat tamna tu...ada pondok yg meriah waktu malamnya-berjaga dan bergilir meronda kawasan/taman..

insan marhaen berkata...

Kamsiah,
kat situlah Akhmal ditahan.

ANIM berkata...

dua tiga kali baca entry ni nak memastikan "heran" tu difahami..
rasanya saya faham...