Jumaat, 3 Januari 2014

Seorang Perempuan

Petang semalam, jam 4 lebih, Angah menalipon.

"Ayah... Ayu masuk bilik pembedahan. Tunggu giliran..."

"Bukan ke doktor kata 10hb?"

"Ntah.. dari pagi tadi dok sakit. Angah terus bawak pi hospital. Doktor terus suruh masuk wad."

Balik kerja aku bergegas ajak ibu_suri susuli Angah di hospital. Walaupun berjalan dari parkir ke bilik wad yang berada di tingkat 2 adalah terlalu bermasaalah untuk ibu_suri, aku tetap perlu sabar membimbingnya berjalan.

Hinggalah larut malam, giliran Ayu masih belum tiba. Agaknya doktor mendahulukan kes-kes yang lebih cemas, pujukku pada Angah yang sedari tengahari tidak lansung mengisi perut.

"Macam nilah abang dulu tunggu you kat wad masa melahirkan Along. Berjam-jam kat luar. Ketit dek nyamuk. Dengan tak makan dan kesejukan." ujarku pada ibu_suri bila terkenangkan Along yang dilahirkan 2 bulan lebih awal dari jangkaan doktor.

Sedang resah dan cemus menunggu, tiba-tiba jururawat menolak katil dengan anak kecil di dalam. Entah bila masanya cucu ke 2 ku ini keluar dari 'tingkap' untuk melihat dunia?


Comel tak? Perempuan juga nampaknya rezeki kami kali ini.

Alhamdulillah. Asalkan semuanya selamat....

8 ulasan:

TiranaAduka berkata...

salam
Berape berat beby tu,?
Alhamdulillah selamat

Terima kasih sudi singgah dan mendoakan buat bonda ta.amin amin amin

Kamsiah yusoff berkata...

tahniah..diam tak diam dah bertambah cucu ya IM..

Kakcik Seroja berkata...

Alhamdulillah.

radziah AR berkata...

tahniah. semoga keduanya sihat sejahtera

insan marhaen berkata...

TA,
Tak tahu pulak IM. Janji sihat dah la...

kamsiah,
padan dengan jumlah rambut yang putih di kepala...

kakcik,
muga nanti giliran kak pulak!

radziah,
muga muga...

Tanpa Nama berkata...

alahai, comelnya! tahniah. siapa nama? jangan panjang sangat. biarlah mudah disebut, makna yang elok.

Nor Azimah Ali berkata...

eh! IM dah ada cucu, hi hi..tahniah, tahniah..

insan marhaen berkata...

sm botak,
Dhiya Qaisara.

Nor azimah,
Cucu ke 2 ni...