"Ayah, nanti nak minta tanamkan rambut Qaisara.." pinta Angah.
Sulit juga nak mencari tempat sesuai untuk menanam uri atau rambut cucu aku ini di sini. Maklumlah, keliling rumah aku mana ada tanah gambut yang boleh dikorek. Semuanya samada tar atau simen.
Masih ingat penyanyi Haslina Kamsan? Kini dia dah buka apa yang diistilah sebagai SPA-Qs atas nama Lina Kamsan, tak jauh dari jalan masuk ke taman aku ini. Kat sinilah Angah menghantar Qaisara bercukur rambut. Boleh tahan juga harganya... RM40. Ayu juga melanggan set bersalin di sini.
pautan |
Letih juga melayan kerenah ibu_suri yang saban hari mau ke Bukit Tengah - melihat cucunnya. Bukan apa, walaupun itu bukan rumah orang lain tetapi besannya, tak eloklah selalu sangat mengganggu privacy mereka. Inilah yang kekadang susah juga untuk aku memahamkan ibu_suri ini.
Esok cuti 12 Rabiul Awal. Aku teringin benar untuk bersama-sama dengan rakan-rakan seperjuanganku di Summit, Bukit Mertajam dalam program Street Dakwah. Sekarang ini street dakwah sudah menjadi seperti satu trend baru metadologi dakwah.
Aku ikut sahaja kehendak ibu_suri malam ini untuk melihat cucunya dan kemudian bawanya jalan-jalan hingga ke tengah malam asalkan saja dia benarkan aku ke Summit esok. Ok la bodek yang macam tu...kan!
9 ulasan:
salam maulidurrasul
cam menarik je cerita street dakwah tu, nanti cerita yea
selamat memyambut maulidurrasul..
heheheee... baek punya bodek! kena belajar ni, cara2 nak ambik hati.
Salam Maulidur rasul...
lina kamsan tu bukan ke orang johor? oo..dah jadi orang utara lak ya. bersuamikan orang sana ke IM?
Kalau jenis makan bodek OK lah, ada yg jenis tak makan bodek memang susah...
Salam Maulidur Rasul..
spa-Q...macam tajuk sebuah cerita...
Naluri seorg ibu dan nenek..Kalau boleh nak anak2 dan cucu2 24 jam disisi mereka....
Azimah,
InsyaAllah, sat lagi citer.
Kamsiah,
Muga baginda terus menjadi idola kita...
sm botak,
dah berpengalaman 25 tahun lebih mengenali hatibudinya...
mulutpayau,
apa agenda sempena hari ini?
anim,
saya tak pasti. tapi rumahnya ala-ala minangkabau memang ada tak jauh dari taman IM..
JR,
kekadang tu tak terbodek juga bila dia boleh baca niat ada mee di sebalik udang kita.
nza,
tak sama dengan naluri IM yang lebih suka jenguk sesekali saja..
Salam Maulidur Rasul buat IM dan Ibu_Suri.
Catat Ulasan