Sejak terbaca tentang bahaya amalan meminum kopi pra-campur, aku mula menekan brek kepada habit aku yang ini. Hatta minum kopi Radix juga akan aku kurangkan. Aku cuba beralih meminum teh O sepertimana kebiasaan keluarga aku masa masih kecil dulu. Kopi O, aku tak minat.
Hari ini aku lebih banyak lama pada sujud akhir sembahyangku. Fikiran aku dah buntu mengenang hari esok.
Namun, aku tetap yakin pada rahmat Tuhan. Persis kata P Ramlee, ulat dalam batu pun dapat makan. Tapi... takkan aku nak makan batu? Agak-agak lah!
7 ulasan:
Jangan selalu runsingkan hati dengan benda yang mendatang, banyakkan pergantungan dengan Allah..
Sabar sering diucapkan....siapa yang melaluinya sahaja yang tahu perit dan pedih:-) InsyaAllah ada jalan keluar setiap dari masalah itu.
JR pernah tanya kepada seorang doktor pakar di HSB yg merawat diabetes mak mentua mengenai minuman seperti kopi Radix dan kopi2 lain sewaktu dengannya yg dikatakan mampu mengurangkan diabetes. Kata doktor dalam kopi2 yg kononnya berubat itu mungkin ada dimasukkan bahan ekstrak yang baik untuk kesihatan, tapi biasanya pengeluar mencampurkan kopi itu dengan kandungan gula yang tinggi bagi mengurangkan rasa pahit bahan ekstrak itu. Kata doktor kalau pesakit diabetes ketagih sangat nak minum kopi lebih baik minum kopi o kurang gula atau sebaiknya kopi tanpa gula tapi tolong elakkan minum kopi berubat seperti Radix yang tinggi kandungan gulanya...
apa khabar tuan?
aah..minum yang original dibancuh susu dan gula lah..
yang mudah sesenang ABC tu sebenarnya tak elok sangat...
"setiap air mata yang mengalir"
seperti dalam lagu yang berkumandang dalam blog IM ni..menyedarkan kita Allah tak kan tinggalkan kita dalam setiap keadaan kalau kita sentiasa ingatkan kita
sorry..silap, ayat last, ingatkan DIA
Terima kasih atas komen semua. InsyaAllah, IM tetap akan tabah harungi liku-liku hidup ini.
Catat Ulasan