Selasa, 25 Februari 2014

Menanti Selesai

Sudah 2 hari anak saudaraku lepak di rumah. Yang menjadi isu bukanlah lepak tapi dia itu perempuan. Nasib baiklah keperempuanannya itu boleh dikata dalam kategori tomboy. Namun aku masih tetap bimbang.

Justeru itu, bila malam tadi dia mahu tidur di rumah aku, aku pastikan dia tidur di bilik Angah.

"Bila tidur nanti, kunci bilik, ya.." pesanku beberapa kali.

Aku tahu bilik itu kurang baik ventilationnya. Ditambah pula dengan cuaca panas melampau sejak beberapa bulan ini. Tapi itu adalah yang terbaik.

Balik tadi, aku belikan laksa yang dijual oleh rakanku di belakang rumah. Laksa Pokok Pelam, adik kepada Laksa Pokok Janggus, Balik Pulau. Memang umph.. laksanya.

Aku cuma makan biskut cream crackers kegemaranku, cap ping pong. Sambil makan, aku cuba mengorek cerita tentang Akhmal dari sudut pandangan anak saudaraku itu. Hmm... Aku tahu, dia masih banyak berahsia.

Akhmal tiba-tiba masuk dari luar terus merebah kepala ke atas ribaku. Sudah lama dia tidak berbuat begitu. Aku mengusap kepalanya yang bersarongkan cepiau berwarna hijau..

"Ajaklah  ***  makan. Laksa ada kat atas dapur."

Aku teringat perbualan aku dengan anak saudaraku sebelum ini tadi;

"Ayah akan bersara lagi 6 tahun. Tapi rasanya, ayah tak larat nak kerja hinggga 2020. Ayah hanya menanti tanggungjawap ayah kepada Along dan Akhmal selesai sahaja. Terutama Akhmal, jika dia dah elok bekerja dan berkahwin, rasanya masa untuk ayah rehat sahaja."

4 ulasan:

Kakcik Seroja berkata...

Terasa 'dekat' bila anak yanh sudah dewasa merebahkan kepalanya ke riba kita...

ANIM berkata...

cepiau? topi ke..
laksa pokok pelam dan pokok janggus? alahai...menariknya untuk dicuba. prnh lalu tapi belum dibuka..

p/s hiba bila baca aksi akhmal letak kepala di riba IM..rindu kat anak..bila teringat keletah manjanya

JR berkata...

Anak-anak bujang saya tak pernah semanja Akhmal sejak mereka dah besar2 ni. Kali terakhir mereka tidur atas riba saya masa sekolah rendah dulu. Tapi anak perempuan saya walau dah berusia 15 tahun masih tak segan tidur atas riba ayahnya...

insan marhaen berkata...

Kak Cik,
tepat sekali tu. alaong dan angah pun tak pernah buat begitu tatkala mereka dah besar. IM cuba memahami, akhmal sebenarnya perlukan perhatian.

anim,
dalam istilah lain ialah cap. laksa pokok janggus pernah dapat liputan tv3 dalam jalan-jalan cari makan.

JR,
akhmal memang dari kecil hingga besar macam tu.

kawan serumah IM masa bujang dulu pun sama. suka baring atas riba maknya.