Khamis, 3 Julai 2014

Putaran Dunia

Hari ini dah 5 hari Ramadhan. Aku perasan, Ramadhan kali ini aku cepat rasa mengantuk selepas berbuka. Nak kata makan banyak, sekadar satu pinggan nasi.

Tadi aku cuba makan kulih saja. Sedikit nasi lebihan dari yang dimakan oleh ibu_suri, Rasa ok.

Mungkin agaknya faktor usia mengubah kondisi kecergasan badanku. Sejak menjengah usia 55 ini terasa benar aku tak sekuat dulu. Cepat letih walau dengan sedikit aktiviti dan bila demam lambat kebahnya.

Lepas sahur semalam aku mengalami kesukaran buang air besar. Agaknya, sebab kurang minum air. Mungkin juga sebab  ****** yang aku biarkan sejak dari remaja dulu. Aku nekad untuk rujuk ke hospital lepas selesai semua odit dan hal-hal kebajikan ibu_suri nanti.

Aku bercita-cita sebelum aku bersara dari kerja nanti aku akan ambil kesempatan untuk merawat semua jenis sakit yang ada di dalam badanku ini. Kalau dah bersara baru nak ke hospital, alamat duit poket sendiri akan keluar!

Apapun, aku percaya ini semua adalah ketetapan yang mesti dilalui oleh setiap manusia yang mengikuti putaran dunia.

4 ulasan:

Bearcat berkata...

Puasa kali ni pun saya cepat letih walaupun saya tak berapa tua lagi hehe. Mungkin faktor cuaca yang kerap berubah-rubah kot.

Puteri Kenari berkata...

kadang-kadang kita kena kurangkan pengambilan gula.Kerana gula berlebihan boleh menyebabkan kita lemah badan.

saya pulak, jenuh nak rawat gastrik.kenalah kawal pemakanan juga dalam bulan puasa ni.kalau tidak, tersiksa seharian menahan pening dan loya.

ANIM berkata...

bukan IM saja, saya pun sama.kudrat tak segagah dulu.
terhuyung hayang solat terawih sbb mengantuk
cuma Ramadan kali ni. kami ubah cara berbuka. minum air kosong + kurma secara witir, makan kuih sikit terus solat maghrib. lepas maghrib makan nasi sikit . payah juga mula2 sebab perut dah lama diajar makan nasi dulu..

Nor Azimah Ali berkata...

wajarlah tu IM..
lagi pun kita selalu lupa 5 perkara, sebelum tiba 5 perkara..sayalah tu..hu hu