Aku ada muatnaik gambar atas di status fb tadi di sini. Kemudian kakak ipar aku share status itu di fb dia di sini.
Kakak ipar aku ini memang suka share status rakan-rakan fbnya yang mungkin dia rasakan baik untuk dikongsi. Aku, kekadang aje share. Tapi selalunya suka baca sahaja. Kekadang je update status. Ransangan menulis aku lebih kepada blog.
Aku sekarang ini sedang cuba kawal habit minum 3in1. Ianya bermula bila Raya baru ni aku terlantar di wad. Setiap pagi, misi akan periksa tekanan darah dan gula. Bila aku tanya macam mana dengan tekanan darah, dia kata ok tapi mulut herot bila bagitau tahap gula. Herot juga emosi aku bila dengar jawapan misi tu. Aku tahu, ini semua penangan suka minum air dari vending machine setiap kali breaktime waktu masih kerja dulu.
Teh pu erh yang aku minum di atas itu dikirim secara percuma oleh Sheriffa Fahima. Aku tak kenal dia kecuali melalui fb jer. Bila aku bagitau hasrat untuk beli sebungkus untuk ibu_suri, aku jadi kaget sebab harga sebungkus hampir RM90. Aku minta beli separuh jer sebab tak mampu nak beli dengan harga tara tu punya tinggi. Akhirnya, dia kirim pada aku dengan foc. Rezeki...
Jadi sekarang ni, aku dah jadi biasa minum teh cina atau kekadang green tea. Dalam stok aku ada banyak jenis teh yang aku kira-kira cukup untuk setahun. Dan teh itu pula aku minum menggunakan koleksi mug yang aku ada. Mug merah di atas adalah koleksi terbaru berian anak saudaraku.
Tapi nak tahu bila aku beritahu ini pada doktor bila bawa ibu_suri untuk rawatan susulan di klinik?
"No... Tak bagus minum teh cina sebab you tak tahu how good is it. Tak ada kajian saintifik tentangnya. Takut nanti dia rosakkan buah pinggang isteri awak..."
Huishhh.... doktor ni....
10 ulasan:
minum pagi saya semug nescafe serta sekeping dua biskut kering sudah cukup utk memulakan kerja.Tapi jam 11 dah lapaq nasi tak hingga.
ada jugak sesetengah doktor yang menolak kaedah rawatan tradisional ni. alasan dia itu la, takde bukti/kajian saintifik.
tapi saya rasa tak salah pun nak cuba sebagai salah satu usaha.
yan suka minum teh hijau..sedap
Teh cina tak tahu tapi teh hijau memang banyak khasiatnya. Tambah-tambah kalau boleh minum tanpa gula.
Minuman 3 in 1 atau yang instant lain memang tak bagus untuk kesihatan, apatah lagi kalau diamalkan. Susu pekat manis pun, kalau boleh jangan dijadikan minuman harian.
Nenek saya yg umur 95 tahun minum air teh susu dan biskut kering 2 keping setiap pagi dan petang tapi tidak makan kudapan between meals. Jadi strictly nasi dua kali sehari. Alhamdulillah di usia ini dia free penyakit.
Doktor mmg macam tu. Bila ditanya tentang sesuatu produk kesihatan.. diorang geleng-geleng kepala je. :D
biskut uncle buat saya teringin nak minum air teh cicah biskut:):)
Minum air suam atau susu je..mst ok kan
Somi saya minum quaker oat setiap pagi tapi saya tk lalu sgt, kadang air kosong, minuman segera, kekadang, mana yg sempat la.
Bagus lagi green tea dari 3 in 1 tu..
Tp lagi bagus air kosong
Catat Ulasan