Along ada balik semalam. Hujung tahun ini dia kerap balik. Katanya nak perabis cuti tahun.
Bila dia ada rumah, aku agak lega sikit. Dia boleh ke dapur. Emosi ibu_suri juga akan jadi lembut dengan adanya anak-anak di sisi.
Hari ini hari Jumaat. Nak mandi sebersih-bersihnya dan pakai yang terbaik. Pergi masjid awal sikit. Muga-muga mendapat sedikit kedamaian.
Aku teringat satu entri aku 2 tahun lalu. Di dalamnya ada satu klip video yang Angah rakam menggunakan talipon slide Sony Ericsson.
Aku kongsikan pautannya di sini untuk tatapan kalian yang mungkin belum pernah melihat kondisi ibu_suri semasa masih dalam sindrom kemurungan.
Video ini khusus untuk pembaca blog ini sahaja. Harap tidak disebarkan...
http://hujan-petang.blogspot.my/2013/09/aku-dan-hari-ini.html
8 ulasan:
Semoga 2016 ni kesihatan ibu suri akan bertambah baik..Insyaallah
Manis senyuman ibu_suri dalam klip itu... :)
moga ibu suri diberi kesihatan yang baik2 ..amin....
Percaturan Alkah itu terbaik buat kita sungguh kita rasa ia berat, moga ibu suri kian sembuh hendaknya.
salam kenal.. sayangnya kenaap sy tak boleh melihat clip tu.. semoga hari mendatang lebih membahagiakan.
hehe sampai sekarang pun saya masih pakai hp sony ericsson pak cik, sangat berkesan..
Asalam IM tak kuat line...tak dapat buka..
Selamat tahun baru..moga amal ibadat Jumaat kita di terimaNya..semoga along beri bahagia semasa bersama di rumah ya
selamat thn baru..moga thn ni memberi seribu kebahagian buat IM sekeluarga
Catat Ulasan